Tempatan

Gelar Anjing Peliharaan ‘Datuk Wira’, Polis Buru Agnes Cheong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 20 Januari 2023 – Polis sedang mengesan seorang pemilik akaun Facebook dengan nama Agnes Cheong selepas membuat hantaran berbaur penghinaan kepada agama dan kerabat-kerabat Diraja.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata pihaknya sedang mengesan pemilik akaun Facebook dengan nama Agnes Cheong setelah menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada Selasa jam 6 petang.

BACA JUGA:  Lelaki Cina Tetak Pelayan Lambat Hantar Minuman Di Cheras

BACA JUGA: CPTPP: Perjanjian Pangkor 2.0 Bantut GLC Tempatan

BACA JUGA: Ketukan Dari Kontena: Terperangkap 6 Hari, Kanak-Kanak Warga Asing Akan Dihantar Pulang

“Sekitar November tahun lepas, semasa pengadu sedang melayari aplikasi Facebook, mendapati ada satu hantaran oleh pemilik akaun dikenali sebagai Agnes Cheong telah menulis perkataan serta menampilkan gambar-gambar yang menyentuh isu-isu sensitif.”

“Antaranya adalah agama, perkauman, kerabat-kerabat Diraja dan menggelar anjingnya yang menerima pingat sebagai Datuk Wira,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam kenyataan yang sama, polis berkata, pemilik akaun tersebut telah membuat satu lagi hantaran Facebook yang bertarikh 1 Disember lepas di mana dia telah menampilkan gambar seekor anjing yang sedang memakai tudung serta menggambarkan anjing tersebut sebagai seorang Melayu.

“Hasil siasatan mendapati hantaran tersebut telah dipadam. Pihak polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun untuk siasatan lanjut,” kata Superintendan Abdul Malik.

Berikutan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKMM 1998.

Dalam pada itu, polis turut menasihatkan orang ramai tidak memuat naik ataupun membuat hantaran di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran sehingga menyebabkan pecah keamanan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: