Tempatan

Gara-gara Forex, Bekas Penyelia Felda ‘Curi’ Wang Peneroka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUANTAN, 05 Februari 2023 – Gara-gara ingin melabur dalam Forex, seorang bekas penyelia Felda dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM8,000 kerana menggunakan wang peneroka berjumlah RM150,793.

Mahkamah Sesyen Kuantan menjatuhkan hukuman tersebut pada Jumaat lalu setelah tertuduh Muhammad Aizat Zaidi, 34, mengaku bersalah atas tuduhan pindaan yang dikenakan terhadapnya di hadapan hakim, Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Baca juga: Kritik Rejim Haram Aparteid Israel, Kongres Muslim Diundi Keluar

Baca juga : Lebur Besi Perlukan Teknologi Tinggi

Baca juga : Gerakan Dakwa Harga Sayuran Naik Sehingga 160 Peratus, Tempelak Kerajaan

Menurut pertuduhan pindaan, tertuduh sebagai penyelia Felda Sebertak, Bera, telah memalsukan sebahagian tandatangan peneroka pada senarai akuan penerimaan bayaran tunai serta senarai akuan penerimaan bayaran tunai pendahuluan tunai (pt).

Kesalahan tersebut dilakukannya antara November dan Disember 2020 manakala pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 464 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Peguam mewakili tertuduh, Mazura Ismail telah membuat rayuan agar anak guamnya dikenakan hukuman penjara paling minimum tanpa denda ketika prosiding.

Katanya, tertuduh sudah insaf dengan perbuatannya dan telah membuat bayaran ganti separuh daripada nilai keseluruhan wang kepada peneroka terbabit serta berhasrat untuk membayar semua wang peneroka berkenaan.

Tambahnya lagi, akibat kes ini Muhammad Aizat telah hilang pekerjaannya dan kini bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM50 sehari.

Malah, tertuduh kini perlu menanggung ibu dan bapanya yang sudah tua.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif dalam hujahnya berkata, tindakan tertuduh mencalarkan imej penjawat awam serta intergriti Felda.

Setelah mengambil kira hujah pihak pendakwa raya dan mempertimbang rayuan tertuduh, mahkamah menjatuhi hukuman penjara enam bulan serta denda RM8,000 manakala wang jaminan dikembalikan, jika gagal membayar denda tertuduh dikenakan penjara tiga bulan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: