Gantikan Solat Jumaat Dengan Zohor Di Rumah – MUI
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JAKARTA, 04 Februari 2022 – Umat Islam Indonesia perlu solat Zohor di rumah masing-masing bagi menggantikan solat Jumaat secara berjemaah memandangkan negara itu sedang berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19, menurut Suruhanjaya Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Setiausaha suruhanjaya tersebut, Miftahul Huda menegaskan bahawa Indonesia dan semua negara di dunia sedang berperang dengan wabak Covid-19.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
“Sekiranya tempat tinggal kita mempunyai kes jangkitan Covid-19 yang tinggi, solat berjemaah boleh dilakukan di rumah masing-masing tanpa datang ke masjid dan solat Jumaat pula boleh digantikan dengan solat Zuhur,” katanya kepada CNN Indonesia.
Perkara yang sudah ditetapkan dalam Fatwa MUI Nombor 14 Tahun 2020 itu masih relevan dan diguna pakai berdasarkan situasi semasa meskipun program vaksinasi sedikit sebanyak membantu mengurangkan penularan, menurut beliau.
“Biarpun kita semua sudah tahu tentang Covid-19 dan program vaksinasi membantu mengurangkan penularan, fatwa itu masih relevan untuk diguna pakai.”
“Apa yang penting, kita jangan bersikap pentingkan diri. Jika mempunyai gejala atau disahkan positif Covid-19, kita hendaklah menjalani kuarantin dan bukannya bergerak bebas,” ujarnya.
Kes jangkitan wabak Covid-19 di Indonesia sedang melonjak tinggi sehingga mencecah 40 kali ganda berbanding bulan lalu.