Tempatan

Gagal Dapat Diskaun Kapal Terbang, MP Labuan Persoal “Adakah Labuan Bukan Malaysia Timur”?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 29 Mei 2023 – Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman mempersoalkan mengapa Labuan diketepikan daripada peruntukan tiket penerbangan bersubsidi untuk perayaan Kaamatan dan Gawai akan datang.

Kata beliau, ribuan penduduk Kadazandusun, Murut (KDM) dan Iban di Labuan yang anak atau saudara mereka tinggal di Malaysia Barat dan kebiasaannya pulang ke pulau itu untuk Kaamatan dan Gawai.

“Adakah Labuan bukan di Malaysia Timur? Mereka ini (Orang KDM dan Iban) sama-sama risau seperti rakan sejawatan Sabah dan Sarawak mereka berkenaan pulang ke sini untuk perayaan,” katanya.

BACA JUGA: Jam SWATCH Dirampas Bukan Sebab Warna Pelangi, Tetapi Cetakan ‘LGBTQ’

BACA JUGA: Sabah Diiktiraf Sebagai Tapak UNESCO Triple Crown, Ketiga Di Dunia

BACA JUGA: Pelampau Hindu Serang Muslimah Hamil Hingga Keguguran

Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional, penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Labuan boleh melebih RM2,000 ketika musim perayaan.

Malah, ada antara penumpang yang terpaksa mengambil penerbangan ke Kota Kinabalu terlebih dahulu sebelum menaiki penerbangan ke Labuan dengan harapan akan mendapat tambang penerbangan yang berpatutan, kata beliau.

Dakwanya lagi, Labuan sentiasa dilupakan oleh Menteri Persekutuan walaupun ia dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1984.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa Kerajaan memberikan subsidi kos tiket penerbangan buat rakyat Sabah dan Sarawak untuk pulang menyambut perayaan Gawai dan Kaamatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: