Tempatan

‘Formula’ B40, M40, T20 Dihapus Tahun Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2023 – Pengkelasan B40, M40 dan T20 akan dihapuskan secara berperingkat bermula tahun hadapan, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, beberapa inisiatif atau dasar dilaksanakan Kerajaan ketika ini berbeza berbanding pendekatan pentadbiran terdahulu, termasuk perkara membabitkan bantuan atau subsidi.

BACA JUGA: Pahang Benar Premis Persendirian Laksana Ibadah Korban Tahun Ini

BACA JUGA: DPPNT Bantah Konsert Galau UMT, Hormat Budaya Islam Tempatan

BACA JUGA: Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera UNESCO

“Semua pihak bakal melihat peralihan daripada subsidi menyeluruh manakala pengkelasan B40, M40 dan T20 dihapuskan secara berperingkat mulai 2024.”

Jelasnya, Kerajaan perlu memastikan semua infrastruktur sedia ada dan perlu melakukan ujian perintis sebelum memutuskan berapa tahap pendapatan layak diberi bantuan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Khamis.

Mengulas lanjut katanya, Kerajaan cuba meminimumkan kesilapan pengecualian subsidi yang berlaku akibat pengkelasan kategori gaji, namun ia perlu dijalankan secara berperingkat.

“Di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN), kita sudah mula bincang mengenai simulasi, siapa yang patut dapat apa, apakah pendekatan yang akan diberikan, adakah akan diberi penambahan nilai pendapatan dan sebagainya.”

“Kita akan melaksanakan satu demi satu bantuan sosial yang disepadu berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.”

Tegasnya, perancangan ini mampu direalisasikan dengan kerjasama pelbagai agensi menerusi perkongsian dalam Pangkalan Data Utama (PADU), sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan program subsidi Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: