Tempatan

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Anak Bangsa Terhadap Jati Diri Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Syukur alhamdulillah, buat pertama kali filem Melayu kini telah mencapai box office dalam kadar yang luar biasa.

Keluarbiasaan ini berlaku kerana beberapa sebab – di antaranya kerana semangat mahu tahu kehebatan Mat Kilau. Setelah keluar panggung penangan kekuatan tauhid dan jati diri Melayu bertubi-tubi menikam jantung hati!

Sudah keluar panggung, sudah tentu anak-anak muda generasi baru ini terus terangsang untuk terus mencari akar jati dirinya, sejarah bangsanya yang hebat ini. Sayangnya tidak banyak buku-buku sejarah yang ada dalam pasaran memaparkan sejarah hebat jati diri Melayu ini.

Lebih sedih lagi bila semua intisari kekuatan jati diri Melayu ini dicantas daripada buku teks sekolah mereka.

Kita seru semua pihak menyemak buku teks sekolah daripada sekolah rendah hingga ke menengah dan hayati apa maksud tersirat daripada penulisan kembali buku-buku sejarah tersebut.

Buku-buku sejarah dibawah sistem baru KSSM kini telah dirubah dan diolah daripada nilai sejarah Tanah Melayu yang sebenar. Nilai ketuanan dan kekuatan bangsa Melayu sebagai bangsa pasak pribumi di Tanah Melayu sedang dirobek melalui akar sejarahnya!

Contoh terbaik adalah buku sejarah tingkatan 4, 2019 yang tidak lansung memaparkn rentetan sejarah panjang berdarah kehebatan bangsa Melayu dalam perjuangan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini. Mereka tidak tahu bukan sahaja Mat Kilau, tetapi juga ramai ulama dan pahlawan Melayu lain seperti Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Ku Paloh, Tok Naning yang berjuang menentang Portugis, Belanda dan Inggeris dlm masa 400 tahun dijajah.

Kita kecewa kerana yang dipaparkan dalam perjuangan kemerdekaan itu adalah sejarah picisan semua suku kaum di Tanah Melayu termasuk di Sabah dan Sarawak padahal perjuangan anak bangsa Melayu penduduk pribumi Tanah Melayu jelas dikecilkan diperlecehkn dan tidak diberikan pengiktirafan sewajarnya.

Dalam keadaan bangsa Melayu masih memegang kuasa pemerintahan negara dan sultan–sultan masih berkuasa buku sejarah anak-anak kita, telah dicantas dirobek-robek dibiar ditulis oleh orang lain, di mana maruah kita? Dimana harga diri kita? Atas alasan apa anak bangsa Melayu dibiarkan terkorban?

Sampai masanya kerajaan bangkit berbuat sesuatu terhadap akar sejarah yang sedang dicantas di hadapan mata kita sendiri.

Sudah sampai masanya kerajaan mengambil peduli nasib bangsa Melayu yang semakin tertekan dan dibuli oleh bangsa pendatang dari segenap penjuru kini.

Cukup-cukuplah nafsu rakus kita. Cukup-cukuplah bodoh kita. Cukup-cukuplah kita gadaikan masa depan anak bsngsa dan tanah air kita. Bangkitlah!

Sekretariat NGO Tolak Buku Sejarah Tingktan 4 sejak tahun 2020 telah beberapa kali menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran namun sampai kini tidak diendahkan.

Apa sebenarnya yang diinginkan oleh kerajaan Melayu daripada anak-anak bangsa Melayu kini dan akan datang?

Puan Seri Fatini Yaacob
Ketua Wanita
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merangkap

Pengerusi Eksekutif Yayasan Kasih Tauhid

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: