Tempatan

Festival Bon Odori: Nasihat Untuk Muslim, Yang Terasa ‘Belum Muslim’ – Firdaus Wong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Jun 2022 – “Nasihat dan panduan itu adalah untuk Muslim dan yang terasa pula ada yang belum Muslim,” berikut merupakan kenyataan Firdaus Wong Wai Hung, seorang pendakwah dan aktivis sosial berikutan isu sambutan festival Bon Odori yang bakal berlangsung Julai ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pendapat segelintir golongan ‘belum Muslim’ tersebut tidak mewakili majoriti golongan ‘belum Muslim’, tetapi perangai yang sedemikian boleh menjejaskan hubungan baik sedia ada.

“Belum Muslim yang komen di dalam itu tidak mewakili majoriti Belum Muslim tetapi perangai seperti ini boleh menjejaskan hubungan baik selama ini,” ujar beliau dalam hantaran di laman Facebook tersebut.

Tambah beliau lagi, umat Islam memahami akan perihal sensitiviti agama, oleh yang demikian, umat Islam tidak bertindak secara tidak sensitif terhadap penganut agama lain.

“Muslim faham sensitiviti sebab itu kami tidak pernah menjemput penganut Hindu untuk turut serta dalam upacara menyembelih atau mengagihkan daging lembu ketika Hari Raya Aidiladha,” tegas beliau.

Beliau mengakhiri penulisan tersebut dengan ungkapan:

“Hormat-menghormati adalah dua hala & bukannya jalan sehala…” tulis beliau.

Beliau turut mengepilkan gambar tangkap layar sebuah berita oleh FMT berjudul “Umat Islam dinasihatkan tidak sertai Festival Bon Odori.”

Berita tersebut adalah berkenaan nasihat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkaitan umat Islam menghadiri Festival Bon Odori yang bakal diadakan di negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: