Tempatan

Fatwa Sesat Selangor: Mahkamah Putuskan Rayuan SIS Tiada Merit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 14 Mac 2023 – Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa rayuan kumpulan hak asasi wanita, Sisters in Islam (SIS) bagi mencabar fatwa yang dikenakan terhadap mereka sebagai tiada merit.

Perkara tersebut disahkan oleh Hakim Has Zanah Mehat dan Che Ruzima Ghazali dengan keputusan majoriti 2-1 hari ini di mana mereka berpendapat bahawa tiada merit dalam rayuan SIS.

BACA JUGA: Fatwa SIS Sesat: Mahkamah Syariah Ada Bidang Kuasa Eksklusif – Mahkamah Rayuan

BACA JUGA: Kerajaan Mahu Banteras Miskin Tegar Menjelang 2025

BACA JUGA: Jom Ziarah Gereja: Ketua Pemuda UMNO Tidak Teragak-Agak Halang Program

Difahamkan, kumpulan hak asasi wanita tersebut berusaha untuk membatalkan fatwa 2014 oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan bahawa kumpulan tersebut mempunyai fahaman liberalisme dan pluralisme agama serta menyeleweng daripada ajaran Islam, sembilan tahun lalu.

Hakim Che Ruzima yang menyampaikan keputusan majoriti itu turut menyatakan bahawa fatwa yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri adalah tidak “konklusif” dan boleh dipinda atau dibatalkan pada bila-bila masa.

“Pemohon boleh meminta jawatankuasa fatwa untuk mengkaji semula keputusan itu dan menyediakan bukti untuk menunjukkan mereka tidak menganut fahaman pluralisme dan liberalisme,” katanya.

Menurut beliau, fatwa tersebut hanya meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat laman web yang bercanggah dengan ajaran Islam dan fatwa itu juga hanya sekadar menyuruh orang Islam ‘bertaubat’ jika mereka menganut fahaman yang bertentangan dengan Islam.

Bagaimanapun, keputusan tersebut tidak dipersetujui oleh Hakim Gunalan Muniandy yang berpendapat bahawa SIS bukanlah seperti individu, sebaliknya ia merupakan sebuah entiti di mana organisasi tidak boleh “menganuti” agama.

Terdahulu, SIS telah difatwakan sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada Julai 2014 dan fatwa tersebut telah dicabar oleh SIS dalam sebuah proses mahkamah berasingan yang berjalan semenjak 2014.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: