Tempatan

Etika Pemakaian Patuh Syariah Bakal Dikuat Kuasa Di Terengganu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA NERUS, 21 Februari 2023 – Pematuhan etika pemakaian patuh syariah sedia untuk dikuat kuasa oleh Kerajaan Terengganu.

BACA JUGA: Pengiktirafan UEC Bukan Keutamaan – Menteri

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, sebelum ini Kerajaan Negeri hanya sekadar memberi nasihat melalui penguat kuasa Majlis Agama Negeri serta daerah dan tiada tindakan yang diambil kepada mereka yang ditahan.

BACA JUGA: Cuti Materniti Panjang Punca Perniagaan Cina Pilih Pekerja Lelaki

Tetapi, beliau berkata sudah tiba masanya pematuhan etika pemakaian itu dilaksanakan di negeri berkenaan.

Jelas beliau, rang undang-undang berkaitan perkara itu juga telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini sekali gus meletakkan negeri berkenaan bersedia untuk pelaksanaan usul tersebut.

BACA JUGA: Kos Sara Hidup Tinggi, Gaji Kakitangan Awam Harus Dinaikkan-Ceupacs

“Walaupun mengikut fesyen terkini, namun mereka terutama golongan muda ini dapat mematuhi etika pakaian dengan patuh syariah,” kata beliau memetik kepada sebuah portal berita tempatan.

Sebelum ini, negeri tersebut sudah melaksanakan penguatkuasaan terhadap penunggang dan pembonceng bukan mahram yang membonceng bersama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: