Antarabangsa

Enam Jemaah Terkorban, Pegawai Masjid Mohon Undang-Undang Senjata Api Diperketatkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TRENTON, 24 Oktober 2022 – Penggubal undang-undang Kanada digesa supaya memperketat dan meluluskan rang undang-undang senjata api yang dicadangkan.

“Kita tidak perlukan senjata perang,” kata pengasas bersama masjid Bandaraya Quebec, tempat enam jemaah terbunuh dalam insiden tembakan maut pada 2017 .

Boufeldja Benabdallah berkata, RUU C-21 wajar menyertakan larangan ke atas senjata serbu (assault rifle) separa automatik ‘yang tidak munasabah digunakan untuk memburu’.

Ketika Benabdallah hadir di hadapan jawatankuasa keselamatan awam Dewan Perwakilan yang mengkaji RUU C-21, beliau berkata Menteri Keselamatan Awam Marco Mendicino memberi jaminan kepadanya sebelum ini bahawa pindaan untuk mentakrif dengan jelas serta pengharaman senjata serbu akan dilaksanakan.

“Kerajaan perlu melakukannya dan saya yakin kerana kami sudah membincangkannya secara lisan dengan Encik Mendicino ketika beliau berkunjung ke masjid,” katanya.

Rang undang-undang itu juga akan mengharamkan pembelian, penjualan, import dan pemindahan pemilikan pistol di Kanada.

Terdahulu, Kerajaan Liberal Perdana Menteri Justin Trudeau mengharamkan kira-kira 1,500 jenis senjata api pada Mei 2020 susulan serangan rambang yang berlaku di masjid pada 29 Januari 2017.

Kejadian berlaku pada waktu solat Maghrib berakhir, di mana Alexandre Bissonnette datang ke Pusat Kebudayaan Islam Bandaraya Quebec.

Dia cuba melepaskan das tembakan menggunakan senapang serbu .223 separa automatik namun tersekat, lalu mencapai pistol separa automatik Glock 9mm miliknya.

Dalam masa kurang daripada dua minit, dia telah membunuh enam jemaah dan mencederakan 19 yang lain termasuk lima parah.

Susulan kejadian itu, Kerajaan berkata senjata itu termasuk AR-15, senapang paling popular di Amerika dan Ruger Mini-14 tidak diperlukan untuk memburu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: