Antarabangsa

Emoji LGBT Harus Diharamkan – MP Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 24 Januari 2023 – Sekurang-kurangnya dua dozen emoji digunakan dalam telefon pintar yang mempromosikan hubungan LGBT harus diharamkan di Rusia, gesa Ahli Parlimen Rusia, Aleksey Zhuravlev, memetik laporan Big News Network.

Beliau berkata demikian kepada Rossiyskaya Gazeta pada minggu lalu di Duma Negeri.

Ketua bagi parti Rodina itu berkata, sesetengah piktogram menggambarkan “pasangan sesama jantina dengan kanak-kanak, lelaki bercium, wanita bercium, lelaki hamil, pengantin lelaki bermisai, wanita berjanggut” dan lain-lain lagi.

Katanya, emoji-emoji tersebut biasanya digunakan dalam medium komunikasi serta laman media sosial di mana ia merupakan platform paling popular dalam kalangan pengguna.

“Semua ini dilihat oleh kanak-kanak, yang sentiasa menghantar emoji-emoji itu kepada satu sama lain,” ujarnya.

Jelasnya dalam laporan yang sama, undang-undang yang mengharamkan propaganda sudah berkuat kuasa di Rusia sekali gus menegaskan bahawa piktogram tersebut mewakili ‘jenis propaganda’ yang sepatutnya ditangani.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar langkah diambil bagi mengeluarkan emoji tersebut dan disekat penggunaannya di Rusia.

Untuk rekod, larangan menyebarkan bahan LGBTQ dalam kalangan mereka yang berumur bawah 18 tahun telah diperkenalkan di Rusia pada 2013 dan pada 2022, undang-undang telah diperluaskan dengan merangkumi kanak-kanak bawah umur dan dewasa.

Memetik laporan sama, undang-undang “perlindungan nilai tradisional” menjadikan ianya sebagai kesalahan untuk mempromosikan LGBTQ, pedofilia dan perubahan jantina dalam pengiklanan, buku, filem dan media.

Pada November tahun lalu, Mahkamah Agung Rusia telah mengharamkan “gerakan awam LGBTQ antarabangsa” dan menetapkannya sebagai organisasi ekstremis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: