Ekstremis Anti-Muslim Rasmus Paludan Didakwa Bual Seks Dengan Kanak-Kanak
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
DENMARK, 03 Februari 2023 – Beberapa rakaman audio telah mendedahkan bahawa seorang ahli politik yang rasis telah terlibat dalam perbuatan yang berunsurkan pedofilia melalui perbualan-perbualan yang bersifat seksual dengan kanak-kanak bawah umur.
Ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan telah didedahkan terlibat dalam beberapa perbualan yang terang-terangan bersifat seksual dengan kanak-kanak bawah umur di internet walaupun beliau secara jelas mengetahui status bawah umur tersebut.
Paludan yang dikenali dengan sikap anti orang Islam yang melampau, yang turut menjalankan “Quran burning tours” itu telah didapati terlibat dengan kegiatan bersifat seksual itu dengan kanak-kanak lelaki bawah umur di platform media sosial Discord.
Rakaman-rakaman suara yang diambil daripada perbualan dalam talian Paludan itu telah mendedahkan beberapa topik perbualan jijik yang bersifat pedofilia dan gay dengan beberapa orang kanak-kanak lelaki bawah umur.
Antaranya, Paludan pernah menyatakan kepada salah seorang pengguna Discord bahawa beliau dalam keadaan bogel sewaktu berjalan di sekitar dapur.
Selain itu, Paludan turut didapati bercakap mengenai Islam kepada kanak-kanak lelaki berkenaan, dalam percubaan untuk “mendidik” atau “menjelaskan” kepada mereka berkenaan kebenciannya terhadap agama tersebut.
Paludan tidak dihadapkan atas mana-mana pertuduhan melibatkan perbualan yang tidak senonoh itu, namun beliau telahpun dikenakan 14 tuduhan bagi kesalahan-kesalahan yang bersifat rasisme, penghinaan serta pelanggaran undang-undang trafik yang dilakukannya sebelum ini.