Antarabangsa

Ekonomi Merosot, 60,000 Syarikat Rejim Israel Bakal Ditutup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 29 Ogos 2024 – Kira-kira 60,000 syarikat Israel akan ditutup tahun ini disebabkan kekurangan tenaga kerja, gangguan logistik dan sentimen perniagaan yang lemah, menurut syarikat tinjauan perniagaan CofaceBDI.

Laporan menyebut, rejim haram Israel mungkin berhadapan dengan tekanan ekonomi yang serius susulan ketegangan yang meningkat antara Israel dan Iran berhubung jenayah perang Israel di Gaza.

Bank haram Israel menganggarkan kos perang untuk 2023 hingga 2025 boleh mencecah RM243 bilion, di mana agensi penarafan kredit, Fitch menjangkakan peningkatan perbelanjaan ketenteraan sebanyak 1.5 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding sebelum perang.

Pada masa sama, rancangan pelaburan turut ditangguhkan, selain kurang kemasukan pelancong.

Terdahulu, Ketua Bank Pusat haram Israel, Amir Yaron menggesa Netanyahu mempercepatkan belanjawan 2025 supaya tidak mencetuskan risiko ketidakstabilan pasaran kewangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: