Tempatan

Dong Zong Cenderung Bersifat Ekstremis, Rasis Dan Cauvanis, Kerajaan Tidak Perlu Layan – Prof Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 05 Disember 2022 – “Kerajaan tidak perlu lagi melayan permohonan Dong Zong yang dilihat amat cenderung bersifat ekstremis, rasis dan cauvanis terhadap dasar kebangsaan negara ini kerana berterusan memperjuangkan UEC,” tegas Prof Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam.

Menurutnya, perjuangan mereka amat jelas bertentangan dengan negara kita yang mempunyai dasar-dasar kebangsaan misalnya bahasa kebangsaan, sekolah kebangsaan dan sistem pentadbiran persekutuan yang bersifat kebangsaan termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang mempunyai visi, misi, falsafah dan matlamat pendidikan kebangsaan.

Oleh sebab itu, boleh kita katakan pejuang UEC ini adalah pihak yang tidak setia kepada negara kerana begitu beriya-iya memperjuangkan sistem pendidikan yang silibusnya diambil dari Taiwan dan dibawa masuk pula ke negara ini secara haram.

Bagi saya, tuntutan Dong Zong ini adalah sesuatu yang bersifat melampau dan rasis berbanding pejuang kebangsaan yang bukan bersifat personal dan tidak juga bersifat rasis sebaliknya cuma menegakkan dasar pendidikan negara yang sepatutnya disokong bukan dipisahkan oleh setiap rakyatnya.

Tegas pakar sejarah negara ini lagi, bukan itu sahaja, bahasa yang digunakan UEC juga bukan Bahasa Kebangsaan dan jelas bertentangan dengan dasar kebangsaan. Sejarahnya juga bukan sejarah Malaysia sebaliknya semua diimport daripada negara China selain tidak masuk di dalam sistem peperiksaan kita pun dan dilihat sangat asing.

Soalnya lagi, bukankah sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, Dong Zong perlu perjuangkan semua perkara yang bersifat kebangsaan tetapi amat malang, sebaliknya pula yang berlaku.

“Sebab itu, saya katakan kita tidak perlu pun melayan kehendak mereka yang dilihat tidak mempunyai semangat nasionalis ini,”katanya.

Datuk Dr Ramlah Adam berkata, kita sudah merdeka 65 tahun, sepatutnya perkara itu tidak timbul lagi tetapi Dong Zong masih tidak tahu untuk bersifat kebangsaan sebaliknya masih membawa sifat perkauman yang turut disemai kepada pelapis muda UEC dan terus menerus membuat tuntutan yang hanya bersifat personal.

Ini sebabnya, Kerajaan perlu menolak Dong Zong dan UEC ini kerana jika diikutkan kemahuan mereka ia boleh menyebabkan maruah dasar negara itu akan tercabar, dipijak dan hilangnya hormat rakyat kepada sistem negara dan ini sekali gus akan memberi kesan negatif kepada Kerajaan Perpaduan yang baru dibentuk.

Tambah beliau, kalau dilihat antara sebab utama berlakunya perpecahan adalah kerana sejak kecil lagi kita telah terpisah dari segi ideologi dan pendidikan dan inilah sebab mengapa saya langsung tidak bersetuju selain aliran sekolah kebangsaan wujud dalam negara ini.

Di Singapura, Thailand, Indonesia dan banyak negara lain mereka cuma tegakkan satu sistem kebangsaan dan satu bahasa kebangsaan sahaja dan semua rakyat taat serta bergabung di bawah satu perkara yang sama. Oleh sebab itu, mereka ada satu kesetiaan yang sama dan mereka tidak berpecah-belah.

Tetapi kita, oleh kerana adanya sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan itu pun kita sudah berpecah tambahan sekarang ini wujud pula sesuatu yang di luar sistem kebangsaan (UEC).

Maka, Dong Zong kenalah faham ini bukan soal perkauman, ini soal kesetiaan terhadap negara dan dasar kebangsaan yang dirangka demi menyatukan perpaduan semua kaum, bukan tampil untuk memisahkannya pula.

“Jadi Kerajaan perlu bertegas menolak UEC yang diperjuangkan oleh Dong Zong ini yang dilihat hanya merugikan negara sahaja dan akan lebih banyak lagi perpecahan yang akan berlaku jika mereka ini diiktiraf,” tegasnya.

Beliau berkata, umum juga mengetahui mereka (Dong Zong) hanya menegakkan hak kaum Cina sahaja yang bertentangan dengan dasar negara dan apabila dasar negara ini ditolak maka secara otomatiknya Dong Zong juga harus ditolak.

Ini kerana, mereka ini jika terus dibiarkan maka boleh memecahkan perpaduan negara yang sudah lebih 65 tahun dibina tambahan juga kewujudan Dong Zong ini dilihat hanya bersifat mencabar kredibiliti dan integriti Kerajaan.

Justeru, kita sudah mampu bayangkan jika Kerajaan tidak menolak permintaan Dong Zong ini maka kita akan dapat melihat skala perpecahan lebih besar bakal berlaku kerana ia sudah pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat majoritinya yang mahukan perpaduan dan semangat kebangsaan itu terbina dengan kukuh tanpa mengenepikan setiap dasar negara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,” katanya.

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: