Tempatan

Dituduh Fitnah Guru KAFA, MP Hulu Langat Dituntut Mohon Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2023 – Satu memorandum akan dihantar dan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri menuntut YB Hulu Langat, Sany Hamzan memohon maaf secara rasmi dalam Parlimen atas fitnah besar kepada guru KAFA, kata Presiden Amal Sejagat, Cikgu Izzat Johari.

Menurutnya, selepas terima hadiah kenaikan elaun kepada RM1100, guru KAFA difitnah berpolitik dengan murid-murid sekolah.

“CIJ amat kesal dengan tuduhan fitnah paling menjijikkan oleh YB Hulu Langat (PH) yang telah menuduh dan memfitnah Guru Kafa.”

BACA JUGA: Kelantan Rekod 59 Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak – Ketua Hakim

BACA JUGA: Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 22 Mac Ini

BACA JUGA: MP Gesa Kerajaan Madani Tangani Pemikiran Islamofobia

Tegas Cikgu Izzat Johari, tuduhan dan fitnah ini amat berat malah tidak sepatutnya dilemparkan kepada Guru KAFA yang mana kebajikan mereka pun masih tidak dipandang endah malah bertaraf elaun di bawah paras miskin.

Atas sebab itu, beliau menuntut Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan agar memohon maaf atas kenyataan yang dilemparkan terhadap guru KAFA.

“Diharapkan YAB Anwar Ibrahim memberikan amaran keras kepada YB Hulu Langat (PH) agar tidak biadap dengan Guru Agama Islam seperti Guru KAFA,” kata aktivis itu lagi.

Dalam laporan berbeza, Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya turut tampil mengecam tuduhan dari Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan.

“Beliau sepatutnya tidak patut mengeluarkan dakwaan-dakwaan yang berniat jahat terhadap guru-guru KAFA ini. Mereka hanya fokus kepada tugas hakiki sahaja iaitu mengajar dan mendidik anak-anak murid di sekolah.”

Terdahulu, Sany Hamzan telah mengeluarkan satu kenyataan di Parlimen bahawa wujudnya hasutan berbentuk politik perkauman daripada guru-guru KAFA kepada murid-murid di sekolah agama sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: