Ditekan AS, Pihak Berkuasa Palestin Tangguh Resolusi Kutuk Rejim Zionis
PALESTIN, 21 Februari 2023 – Beberapa laporan telah menyatakan bahawa pihak Berkuasa Palestin, atau the Palestinian Authority (PA) telah menangguhkan tindakan mendesak Sidang Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi membuat resolusi mengutuk kegiatan pembinaan penempatan haram Israel.
Laporan-laporan tersebut menyatakan tindakan penangguhan tersebut diambil setelah PA menerima tekanan daripada Washington.
BACA JUGA: Negara Dalam Bahaya Sekiranya Pandemials & Precariats Tidak Dibantu
Agensi berita Reuters telah menyatakan pada Isnin lalu bahawa Emiriah Arab Bersatu yang telah membuat draf resolusi bersama-sama dengan para pegawai PA telah memaklumkan kepada UNSC bahawa resolusi tersebut beserta undian tidak akan dilakukan.
Beberapa laporan lain daripada saluran berita Amerika Syarikat (AS) dan negara haram aparteid Israel telah menyatakan bahawa PA telah bersetuju untuk menggugurkan resolusi dan undian tersebut kerana mereka telah mendapat tekanan dari kerajaan AS yang berbentuk pakej bantuan kewangan, penggantungan sementara bagi pengumuman unit penempatan baru Israel serta perobohan rumah-rumah orang Palestin.
BACA JUGA: Turkiye-Syria Digegar Sekali Lagi, 3 Terkorban
PA juga dikatakan sudah bersetuju untuk “mula berunding mengenai penerusan koordinasi keselamatan dengan Israel”.
Laporan yang sama turut menyebutkan bahawa PA kini sudah mula untuk melaksanakan sebuah “pelan keselamatan” bagi “mengembalikan kawalan mereka terhadap bandar Jenin dan Nablus di Tebing Barat”.
BACA JUGA: Etika Pemakaian Patuh Syariah Bakal Dikuat Kuasa Di Terengganu
Walau bagaimanapun, PA masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan laporan-laporan tersebut, namun media tempatan telah membuat liputan berkenaan sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai Fattah yang menyatakan,
“..langkah yang diambil oleh PA hanya bertujuan untuk berkhidmat bagi kepentingan orang-orang Palestin”.