Tempatan

Ditanam Hidup-Hidup Dan Ada Yang Dipaksa Melacur Seawal Usia 13 Tahun – Pendedahan Mangsa Scammer

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 September 2022 – Baru-baru ini tular satu video pendedahan oleh mangsa pemerdagangan manusia mengenai mangsa-mangsa yang diperdayakan tawaran kerja palsu diseksa dengan begitu kejam sehingga ada dipaksa melacur seawal usia 13 tahun, dipaksa makan babi, biawak serta dipaksa minum arak selain diacukan pistol sekiranya mangsa-mangsa yang tidak mencapai target yang ditetapkan.

Mangsa seorang lelaki tempatan yang tidak dinamakan itu berkongsi pengalamannya kepada Datuk Hishammuddin Hashim, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) tentang keadaan yang terpaksa dilalui oleh mangsa-mangsa rakyat Malaysia seperti dipaksa melakukan kerja scam dan sekiranya tidak mencapai target bakal menerima hukuman kejam seperti dipukul, dilacurkan dan diugut untuk dijual organ.

Selain itu, ada juga mangsa yang ditanam hidup-hidup oleh pihak sindiket dengan kubur dikorek dengan menggunakan buldozer.

“Ada orang Malaysia ini kena kubur, ditanam hidup-hidup.”

Lebih menyedihkan, mangsa mendedahkan bahawa seorang remaja berusia 13 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan, diseksa oleh ejen berbangsa Melayu yang merupakan bos mereka.

“Perempuan itu tak silap saya baru 13 tahun, dipaksa melacur, dipaksa hisap kemaluan bos ejen saya itu depan mata saya,” demikian perkongsian dari mangsa iaitu salah seorang mangsa scammer tenaga kerja yang berjaya melepaskan diri dari sindiket pemerdagangan manusia.

“Waallahu a’lam, sama ada hidup atau mati, saya tak tahu,” ujar mangsa berumur 23 tahun itu menjawab pertanyaan berkenaan keadaan gadis tersebut.

Mendedahkan dengan lebih lanjut, mangsa berkata, masih ada 18 orang yang masih ditahan di sana di mana Melayu seramai 8 orang dan Cina dengan anggaran 9-10 orang.

Walau bagaimanapun, mangsa yang berkongsi kisah malang ini memaklumkan bahawa beliau berjaya melarikan diri dan berjaya pulang ke Malaysia dengan bantuan penduduk tempatan iaitu Cina mualaf untuk membuat laporan ke pihak kedutaan dan kedutaan menguruskan penghantaran pulang mangsa terbabit yang berada di sana selama dua bulan.

Mangsa juga mendedahkan perjalanan beliau ke sana diuruskan oleh ejen dari Malaysia, yang berpejabat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam video tular lain pula, kelihatan beberapa orang mangsa yang merayu kepada Perdana Menteri dan pihak Kerajaan bagi membantu mereka untuk pulang ke Malaysia.

“Kami tiada wang untuk bayar pihak Kerajaan Laos sebanyak USD1500 seorang untuk pulang ke Malaysia. Bantulah kami.”

Pihak samudera.my akan akan berkongsi maklum balas lebih lanjut daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkenaan isu ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: