Tempatan

Disuruh Berbogel, Diugut Sebarkan Video – Sindiket Perdaya Lelaki Sunyi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR, 12 Februari 2022 – Digoda oleh ‘wanita’, disuruh merakam diri sendiri berbogel, kemudian diperas ugut untuk menyerahkan wang supaya rakaman tersebut tidak disebarkan. Berikut merupakan modus operandi sebuah sindiket pemerasan yang menyasarkan lelaki-lelaki ‘kesepian’.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Ibu Muda Dirogol Berkumpulan Diperlakukan Seperti Haiwan Selepas Cinta Ditolak

Ketua Polis Johor, CP Datuk Kamarul Zaman Mamat menyatakan bahawa sindiket yang menyasarkan lelaki tersebut menyamar sebagai wanita yang kononnya mencari kenalan baru melalui aplikasi media sosial.

Antara platform media sosial yang sering digunakan sindiket ini adalah aplikasi MiChat, WeChat dan aplikasi WhatsApp.

“Mereka menyamar sebagai perempuan dan membuat mangsa sampai berbogel dan dirakam bagi digunakan sindiket untuk mengugut mangsa, jika tidak beri wang dia akan sebarkan video ini,” ujar beliau seperti yang dilaporkan portal Awani.

Menurutnya lagi, sejumlah 367 aduan diterima pihak polis Johor berkenaan kes terbabit yang kebanyakannya melibatkan mangsa berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an.

Berikutan hal ini, pihak polis Johor, Selangor dan Pulau Pinang telah melaksanakan Op Bugil dan berjaya menahan empat orang suspek yang terdiri dari tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan platform media sosial dengan bijak supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah sindiket berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: