Antarabangsa

Disabitkan Membunuh Askar Penjajah, Lelaki Palestin Dibebaskan Selepas 40 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

‘ARA, 06 Januari 2023 – Setelah didakwa membunuh askar penjajah pada 1983, lelaki Palestin kini dibebaskan selepas 40 tahun ditahan dalam penjara rejim haram aparteid Israel.

Lapor berita Timur Tengah, pihak penjara rejim haram membebaskan Karim Younis, seorang tahanan Palestin berusia 66 tahun, dari penjara Hadarim di utara Tel Aviv pada waktu subuh pagi Khamis semalam.

BACA JUGA: Pencerobohan Al-Aqsa: Mengeluarkan Kenyataan Tidak Cukup, Tindakan Tegas Perlu Diambil!

BACA JUGA: Malaysia Terus Bersolidariti Bersama Rakyat Palestin – Wisma Putra

BACA JUGA: Pencerobohan Al-Aqsa: UAE, China Desak Sidang PBB

Beliau dihantar ke stesen bas bandar Ra’anana tanpa notis awal, lalu dijemput oleh keluarga dan dibawa ke kampung halamannya di ‘Ara. Pembebasannya pagi itu tidak dihebohkan bagi menghalang orang ramai berkumpul di luar penjara untuk meraikan pembebasan Karim.

“Saya tidak merasakan apa-apa pada masa ini, tiada apa-apa dalam diri saya yang saya rasa… Hari ini saya menghirup udara segar dan melihat matahari, dan tidak lama lagi saya mungkin boleh membiasakan diri dengannya,” ujar beliau selepas dibebaskan.

Bagaimanapun, Menteri Keselamatan rejim haram, Itamar Ben-Gvir berkata bahawa kampung Karim akan dipantau dalam beberapa hari mendatang untuk mengelakkan sambutan.

Sebaliknya, orang ramai tetap berkumpul meraikan bekas tahanan pejuang Palestin itu, yang digambarkan mengibar bendera sambil dinaikkan ke atas bahu warga tempatan.

WhatsApp-Image-2023-01-06-at-11.19.28-AM.jpeg?resize=464%2C309&is-pending-load=1#038;ssl=1

Terdahulu, Karim Younis telah ditahan bersama dua saudara-maranya pada tahun 1983 dan dijatuhi hukuman mati. Namun begitu, hukumannya diringankan kepada penjara seumur hidup kemudian dikurangkan lagi kepada 40 tahun.

Kumpulan pemantau tahanan Palestin melaporkan bahawa Karim Younis merupakan warga Palestin paling lama menjalani hukuman penjara berterusan di bawah tahanan pendudukan Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: