Antarabangsa

Diplomat Negara Haram Aparteid Israel ‘Dihalau’ Hadiri Perhimpunan Kesatuan Afrika

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ETHIOPIA, 20 Februari 2023 – Seorang diplomat tinggi Israel telah diusir daripada Perhimpunan Tahunan Kesatuan Afrika (AU) yang berlangsung di Ethiopia berikutan pertikaian mengenai pengiktirafan Israel terhadap blok tersebut kian memuncak.

Kejadian pengusiran tersebut telah dirakamkan menerusi sebuah video yang tersebar di media sosial, menunjukkan pegawai keselamatan sedang membawa keluar wakil Israel Sharon Bar-Li daripada auditorium sewaktu majlis pembukaan perhimpunan itu pada Sabtu lalu.

BACA JUGA: Kerajaan Madani Digesa Perketat Undang-Undang Jenayah Liwat

BACA JUGA: Tambah Jawatan Dalam Mahkamah Syariah Supaya Setaraf Mahkamah Sivil – Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Tular Kes Buang Al-Quran, Polis Buka Siasatan

Jurucakap bagi Pengerusi AU, Ebba Kolando membuat kenyataan bahawa diplomat tersebut telah dikeluarkan kerana Sharon Bar-Li bukanlah individu yang diiktiraf sebagai wakil Israel ke Ethiopia.

Kolando turut menyatakan bahawa pihak mereka menyangkakan individu lain yang akan hadir dan bukan Sharon Bar-Li.

Seorang lagi pegawai rasmi AU pula membuat kenyataan bahawa Sharon Bar-Li bukanlah wakil yang dijemput ke majlis itu. Kaedah jemputan bagi persidangan tersebut adalah bersifat ‘non-transferable’ dengan maksud hanya individu yang dijemput sahaja yang dibenarkan hadir.

Tindakan AU itu telah dikutuk oleh Israel melalui sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Israel. Menurut kementerian tersebut,

“Israel memandang berat terhadap insiden berkenaan timbalan pengarah bagi Afrika, Duta Sharon Bar-Li, telah diusir dari dewan AU walaupun beliau adalah seorang pemerhati yang diiktiraf”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: