Antarabangsa

Diambang Pemilihan Presiden, Erdogan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 12 MEI 2023 – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah membuat pengumuman menyatakan bahawa kerajaan akan menaikkan kadar minimum gaji penjawat awam di negara tersebut.

Kenaikan baharu kadar minimum gaji penjawat awam di Turki yang diumumkan oleh presiden tersebut adalah sehingga 22,000 Lira Turki yang bersamaan dengan $1,124.

BACA JUGA: MBK Keluarkan 17 Notis Tutup Premis Pusat Judi Haram

BACA JUGA: Penahanan Imran Khan Tak Sah! – Mahkamah

BACA JUGA: Menteri Selar AKSB Lemah Uruskan Masalah Air Kelantan

Kenyataan tersebut telah dibuat Erdogan pada Khamis lalu di Ankara. Dalam kenyataan tersebut Erdogan menyatakan bahawa,

“Pihak kami akan menyusun bagi kenaikan gaji bagi penjawat awam tidak kurang dari kadar minimum pekerja am. Pada bulan Julai, gaji minimum penjawat awam akan mencecah 22,000 Lira Turki”.

Dalam kenyataan yang sama Erdogan turut menambah bahawa gaji persaraan juga turut akan meningkat sebagai mana peningkatan gaji penjawat awam yang diumumkan.

Beliau turut menyatakan bahawa menteri yang bertanggungjawab telah diarahkan untuk memastikan kenaikan ini dipenuhi pada bulan Julai.

Pada Selasa lalu, Erdogan telah pun membuat pengumuman mengenai kenaikan gaji sebanyak 45 peratus bagi 700,000 pekerja am dengan kenaikan sehingga 15,000 Lira Turki yang bersamaan dengan $786.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: