Dera Kanak-Kanak, Kerajaan Tidak Akan Berkompromi
KUALA LUMPUR, 10 Jun 2023 – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan hak dan kebajikan kanak-kanak selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pihaknya memandang serius akan kes penderaan yang tular di media sosial baru-baru ini melibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun dipercayai didera oleh seseorang yang dikenali.
BACA JUGA: GEMPAR! Belgium Cipta Teknologi Proses Darah Babi Menjadi Air Minuman
BACA JUGA: Siam Boleh Tuntut Kedah: PMX Jangan Merepek Bab Sejarah Negara – Aminuddin Yahaya
BACA JUGA: Gunakan MyKad, Sekat Ketirisan Subsidi
Berkata dalam kenyataan yang sama, menurut KPWKM, suspek bagaimanapun sudah berada dalam tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan siasatan terperinci akan dilakukan terhadap pesalah kes penderaan dan salah laku terhadap kanak-kanak terbabit.
Kata KPWKM, kanak-kanak itu telah pun dibawa ke hospital bersama dengan ibunya untuk menerima rawatan dan berada dalam keadaan selamat.
“Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua Jabatan serta Agensi di bawah KPWKM ini akan terus memberikan pemeliharaan dan perlindungan sewajarnya kepada kanak-kanak selain meningkatkan kesedaran dalam usaha melindungi kanak-kanak melalui kerjasama pelbagai pihak,” jelasnya.
Memetik laporan media, suspek berkenaan dipercayai mempunyai 13 rekod jenayah lampau.