Tempatan

Demi Harga, Kartel Tergamak Sabotaj Ekonomi & Keselamatan Makanan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 11 November 2022 – Sumber industri mendedahkan ada segelintir pembekal anak ayam untuk industri telur dan pedaging disyaki berpakat sesama sendiri mengurangkan pengeluaran bagi tujuan menaikkan harga.

“Kalau tengok trend, susah nak dapat anak ayam, baik anak ayam penelur mahupun ayam pedaging. Kenapa? Inilah yang disebut ada konspirasi. Maksudnya, pengeluar cuba mengurangkan pengeluaran anak ayam.”

Katanya, pihaknya dimaklumkan oleh agensi berkaitan bahawa data pada Oktober tahun ini menunjukkan penyusutan ketara bilangan pengeluaran anak ayam mencecah hampir 40 peratus berbanding Ogos.

“Dalam soal pengeluaran, jelas kelihatan graf pengeluaran terjejas sekarang (November) berbanding Ogos, yang mana kurang sebanyak 36 peratus. Ini berlaku dalam tempoh dua ke tiga bulan saja.”

Tambahnya, pengeluar anak ayam didapati menaikkan harga bekalan hampir 100 peratus, dengan harga seekor anak ayam pada November dijual RM3.40, berbanding bawah RM2.90 pada Oktober dan RM1.90 pada Januari dan Februari lalu.

Jelasnya, tindakan kartel mengurangkan pengeluaran dan menaikkan harga bekalan adalah sebagai kaedah memeras Kerajaan menaikkan semula jumlah saluran subsidi, yang sebelum ini dikurangkan kepada 80 sen seekor berbanding RM1.40 pada April, Mei dan Jun lalu.

Selain itu, ada segelintir pengeluar anak ayam juga disyaki sedang mendesak Kerajaan supaya mengapungkan harga ayam dan telur, bagi membolehkan mereka mengaut keuntungan besar kerana Kerajaan tidak lagi berkuasa mengawal harga ternakan itu.

“Tujuannya, mereka tidak berpuas hati bila Kerajaan menurunkan subsidi daripada RM1.40 sebelum ini kepada 80 sen. Mereka tak puas hati, jadi mereka kurangkan pengeluaran anak ayam.”

“Agenda mereka, untuk naikkan harga anak ayam berusia sehari atau day old chick (DOC) dan di peringkat ladang pun, akan menaikkan harga peringkat ladang. Akhirnya, ini akan mendesak Kerajaan supaya menambah lagi subsidi, atau apungkan harga.”

Dalam pada itu sumber berkata, kartel-kartel anak ayam cukup bijak mencipta seribu satu alasan mengurangkan bekalan dan menaikkan harga anak ayam yang dijual kepada penternak.

“Alasan yang diberikan kepada Kerajaan, kononnya kos pengeluaran tinggi. Sebab itu bila kita tengok, dulu masa Kerajaan letak subsidi RM1.40, kita boleh lihat pada April, Mei dan Jun, pengeluaran anak ayam sangat tinggi.”

“Sehinggakan kita terpaksa mendesak Kerajaan supaya mengeksport. Pasal harga dah mula jatuh sebab orang pakat-pakat bela ayam, sebab subsidi tinggi. Tapi sekarang menurun sebanyak 36 peratus, sangat drastik sebab berlaku dalam tempoh dua bulan saja sejak Ogos,” ujarnya.

Mengulas lanjut sumber memaklumkan, pada masa ini ada agensi sedang memantau trend pengurangan bekalan anak ayam dan bersedia mengambil tindakan menanganinya kerana ia disifatkan mensabotaj ekonomi dan keselamatan makanan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: