Tempatan

DAP Beri Peluang Dan Ruang Kepada Anak Muda Melayu – YB Rara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAHANG, 01 Februari 2022 – “Pemimpin muda DAP khususnya Melayu diberi peluang untuk berpolitik dan tidak dipandang serong oleh veteran parti terbabit,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Menurut beliau yang lebih mesra dengan panggilan Rara, walaupun berbangsa Melayu dan masih muda, itu bukanlah penghalang.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Malah, DAP memberikan peluang dan ruang kepada anak muda termasuk orang Melayu juga.

“Kalaulah kami ditindas, saya tidak akan berada di sini sekarang. Saya tidak akan menjadi wakil rakyat di DUN Pahang, kawan saya tidak menjadi wakil rakyat di Parlimen.”

Tambah wanita berusia 32 tahun itu, DAP memilih seseorang untuk menyertai pilihan raya berdasarkan merit.

“Kalau seseorang itu Melayu sekali pun, tapi kalau dia tak bersungguh-sungguh, tak dibuktikan kebolehan, dia tak akan dapat tempat juga. Kita nak menjadi pemimpin yang bagaimana, menjadi orang muda yang bagaimana, kita nak bekerja atau kita nak goyang kaki.”

Young Syefura yang merupakan ADUN Ketari adalah antara beberapa pemimpin muda Melayu DAP yang muncul sejak beberapa tahun lalu.

Beberapa tahun yang lalu, dalam satu sidang media, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan mengenai kepemimpinan kuku besi dan diktator Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, berdasarkan pengalamannya berada dalam parti itu, kedua-dua pemimpin berkenaan tidak suka dasar dan pemerintahan mereka dicabar atau ditentang oleh ahli parti.

“Pentadbiran DAP lebih kepada bersifat pemerintahan mutlak atau diktator berbanding demokrasi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: