Dakwaan Tinggalkan Perjuangan Islam Tidak Berasas, PM Mengaku Memperkasakan JAKIM
PULAU PINANG, 12 Jun 2023 – Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah bertemu beberapa pemimpin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini dan telah menggesa mereka bagi membantu dalam membuat deraf bagi kerangka polisi pembangunan nasional yang berdasarkan kepada konsep Madani.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan bahawa sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan, fungsi JAKIM hanyalah terhad kepada perkara dakwah, latihan serta penganjuran bersama pertandingan-pertandingan bacaan Al-Quran bersama kerajaan-kerajaan negeri.
BACA JUGA: Masjid Pertama Anti-Gempa Dijangka Siap Ogos Ini
BACA JUGA: Musim Durian Suram, Cuaca Tidak Menentu
BACA JUGA: Generasi ‘Undi 18’ Cukup Matang Untuk Buat Keputusan Sendiri – MP
Menurut Anwar lagi, sebelum ini institusi yang sama mempunyai peranan yang kecil dalam membuat deraf bagi Rancangan Malaysia ke-12, perbelanjaan negara serta reformasi bagi institusi-institusi kebangsaan dan kerajaan.
Tambah beliau, apa yang dilakukan olehnya adalah menunjukkan kepada para ulamak, mufti serta tokoh-tokoh di dalam JAKIM agar institusi tersebut selari dengan ‘perkembangan semasa’ supaya mereka boleh memanfaatkan negara.
Dalam kenyataan yang sama, Anwar turut menyatakan bahawa dakwaan yang mengatakan bahawa kerajaan pimpinannya telah mengabaikan Islam itu adalah semata-mata sebuah dakwaan yang tidak berasas.
Ujarnya lagi, di bawah kerajaannya, JAKIM telah menerima peruntukan yang lebih tinggi serta diberikan peranan yang lebih luas yang belum pernah dilakukan sebelum ini iaitu dalam membantu proses pembuatan polisi kerajaan.