Dakwa Ditulis Osama, “Letter to America” Tular
AMERIKA SYARIKAT, 17 November 2023 – Telah tular sepucuk surat yang dinisbahkan kepada Osama bin Laden di media-media sosial dan telah berjaya mengubah pandangan ramai warga Amerika Syarikat (AS) berkenaan tindakan negara itu terhadap negara-negara lain.
Dilaporkan bahawa video dengan tanda pagar “LettertoAmerica” telah ditonton lebih dari 13.5 juta kali tontonan di TikTok, yang mana ianya bermula dari sebuah hantaran pada Selasa lalu oleh seorang pengguna yang bernama Lynette Adkins yang menyatakan,
“Saya mahu semua orang berhenti dan baca – ianya hanya dua muka surat – bacalah ‘A Letter to America’”.
“Dan tolong datang semula dan beritahu saya apa yang kamu fikirkan kerana saya rasa saya sedang melalui, sebuah krisis kewujudan sekarang, dan orang lain juga; saya hanya perlu orang lain merasakan perkara yang sama juga”.
Manakala Senator AS, Marco Rubio pula berpendapat bahawa reaksi-reaksi yang ditonjolkan oleh warga AS itu adalah bersifat bersimpati terhadap para pengganas. Ujar beliau,
“Mereka kini memahami bahawa terrorisme adalah sebuah kaedah yang dibenarkan bagi melawan ‘penindasan’”.
Surat tersebut, yang didakwa ditulis oleh Bin Laden lebih 20 tahun lalu mengandungi kutukan terhadap AS dalam menyokong penindasan Israel di tanah Palestin dan turut menyatakan bahawa orang Yahudi telah mengawal polisi-polisi, dana serta media AS. Surat tersebut juga menyatakan,
“Kewujudan Israel adalah jenayah yang mesti dihapuskan”.
“..setelah AS menyerang kami lebih dari setengah abad, apakah kami akan biarkannya untuk hidup dalam keadaan selamat dan aman”?