Cuaca Panas: Sabah Rekod Kes Kesihatan Terbaru
KOTA KINABALU, 03 Ogos 2023 – Seorang pelajar di Sabah yang dikejarkan ke unit kecemasan baru-baru ini dilaporkan mengalami kelesuan haba akibat aktiviti bersukan ketika cuaca panas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Asits Sanna berkata, pelajar lelaki berumur 14 tahun itu adalah antara 16 kes kesihatan berkaitan fenomena cuaca panas yang direkodkan di Sabah dalam tempoh empat bulan bermula 15 April lalu.
BACA JUGA: PRN: AS Didakwa Campur Tangan, Malaysia Bakal Duduk Bawah Telunjuk?
BACA JUGA: Bimbang Kos Sara Hidup Naik, Rakyat Malaysia Hilang Harapan Terhadap Ekonomi Negara
BACA JUGA: Melaka Wujudkan Taskforce Tangani Konflik Haiwan Dan Manusia
“Kes itu dikesan selepas pelajar berkenaan mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan hospital tetapi dibenarkan pulang pada hari sama.”
“Faktor risiko yang dikenal pasti adalah terbabit dalam aktiviti bersukan ketika keadaan cuaca panas,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, antara gejala penyakit berkaitan cuaca panas ialah badan berasa kering dan panas, denyutan jantung menjadi laju, pening, mual dan boleh mengakibatkan sawan atau pengsan.
Justeru, Asits menasihati orang ramai supaya bersegera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya mengalami tanda-tanda awal kekejangan haba, kelesuan haba dan strok haba terutama golongan yang paling berisiko seperti kanak-kanak dan warga emas.