Tempatan

CPTPP: Penindasan Kapitalis Kepada Golongan Marhaen – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Januari 2023 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Malaysia (PEMBELA) mendedahkan bahawa Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) adalah salah satu bentuk penindasan oleh pihak kapitalis kepada golongan marhaen.

Ini kerana sekiranya tiada kegusaran yang dilahirkan dikalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan-golongan marhaen, tanpa sedar perjanjian ini akan menindas golongan itu sendiri.

Baca juga: Solidariti Bantahan Hina Islam Di Hadapan Kedutaan Sweden Dibanjiri NGO & Umat Islam

Baca juga: PM Digesa ‘Bebaskan’ Tanggungjawab TPM, Sehingga Kes Rasuah Selesai

BACA JUGA: CPTPP: ‘Kenapa Ditandatangani Secara Diam-diam?’ – Aktivis PPIM

Oleh itu, beliau mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya cakna dengan isu CPTPP ini sebelum terlambat dan lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Perpaduan mengumumkan telah menandatangani perjanjian CPTPP ini.

Dalam pada itu, Exco Tugas-Tugas Khas Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob pula mendedahkan bahawa CPTPP akan menambah lagi derita golongan-golongan petani yang sebelum ini masih lagi belum selesai isu-isu berbangkit seperti isu potongan padi, isu harga benih padi dan kos yang meningkat.

Kemasukan CPTPP juga akan mengehadkan lagi atau menghalang petani untuk berkongsi dan juga untuk menyimpan benih sekali gus akan menambah lagi penderitaan yang dihadapi sekarang ini, jelas beliau berkenaan kesan CPTPP kepada golongan petani dan pesawah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: