Cina Generasi Ketiga Layak Diiktiraf Bumiputera – ADUN DAP Sarawak
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SARAWAK, 15 Februari 2022 – Chong Chieng Jen, seorang pemimpin politik Democratic Action Party (DAP) menyatakan, generasi ketiga berbangsa Cina, India dan lain-lain di Sarawak sepatutnya dikira sebagai Bumiputera.
BACA: Negara Sarawak Boleh Merdeka! Sarawak Merdeka! – YB Priscilla Lau
BACA: Sarawak Merdeka: Ini Isu Keselamatan Nasional – Shabery Cheek
BACA: Hak Muslim Minoriti Sabah Bina Masjid Ditentang Sejak Merdeka – CONCERN
“Kaum Cina, India dan kaum-kaum lain, apabila mereka sudah tiba ke generasi ketiga, adalah Bumiputera sebagaimana orang-orang Sarawak yang lain,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan tersebut seperti yang dilaporkan portal Malay Mail.
“Tidak patut ada diskriminasi dan perbezaan antara seseorang dengan yang lain,” tegasnya lagi.
ADUN DAP tersebut turut menyatakan bahawa beliau sedang dalam usaha untuk meminda undang-undang berkenaan penafsiran bangsa-bangsa di Sarawak, di mana terdapat lebih kurang 31 jenis kaum yang akan diiktiraf sebagai kaum Bumiputera Sarawak.
“Saya akan bentangkan esok dalam sesi perbahasan, tetapi secara ringkasnya pindaan yang diusulkan adalah untuk menjadikan semua rakyat Sarawak generasi ketiga untuk dikira sebagai Bumiputera.”
“Dalam rang undang-undang yang diusulkan, ada senarai 31 kaum yang dicadangkan untuk dijadikan sebagai kaum Bumiputera Sarawak dalam Ordinan Tafsiran Sarawak,” katanya.
Pada Jumaat lalu, pindaan Perlembagaan Persekutuan mula berkuatkuasa, di mana antara hal yang dipinda adalah pada Perkara 161A yang membenarkan kerajaan Sarawak untuk menentukan sendiri kaum-kaum dan bangsa yang diiktiraf di Sarawak.