China Sambung “Diplomasi Panda” Dengan AS
SABTU, 29 JUN 2024 – Sepasang beruang panda daripada China bakal berada di Amerika Syarikat (AS), yang mana ianya merupakan tindakan diplomatik yang diambil oleh kedua-dua negara setelah lebih daripada 20 tahun.
Presiden China, Xi Jinping telah berpendapat bahawa menghantar haiwan ikonik China itu ke San Diego Zoo adalah sebagai “wakil persahabatan di antara orang China dan warga Amerika Syarikat”.
Dua ekor panda itu, Yun Chuan dan Xin Bao telah meninggalkan Bifengxia Giant Panda Base di daerah Sichuan pada Rabu lalu dan mereka berdua akan kekal di AS selama 10 tahun.
Penghantaran panda tersebut menandakan sebuah pusinganbaharu bagi kerjasama perlindungan panda di antara Beijing dan Washington setelah dua pihak, China Wildlife Conservation Association dan San Diego Zoo telah menandatangani sebuah perjanjian pada Februari lalu.
Majlis perlepasan panda tersebut, yang telah berlangsung di China telah dihadiri oleh para pegawai AS termasuk Datuk Bandar San Diego, Todd Gloria.
Majlis tersebut telah diserikan dengan persembahan kebudayaan, sesi sapaan video daripada para pelajar AS dan China, serta pertukaran hadiah di antara rakan kerjasama pemuliharaan tersebut.