Tempatan

Cemar Sungai, JAS Cadang Naikkan Kompaun RM2 Ribu Ke RM5 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 September 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan nilai kompaun akan ditingkatkan 2,500 kali ganda iaitu daripada RM2,000 ketika ini kepada RM5 juta setelah pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) diluluskan.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, nilai itu akan dikenakan ke atas industri atau syarikat yang melakukan pencemaran dengan membuang atau melepaskan bahan buangan terlarang ke sumber air.

Tambahnya, kegagalan menjelaskan kompaun terbabit boleh menyebabkan pesalah alam sekitar dibawa ke muka pengadilan dan berdepan denda lebih tinggi iaitu sehingga RM10 juta, 20 kali ganda dari nilai sekarang.

“Berdasarkan statistik sebelum ini, kita banyak merekodkan kes berulang dan atas dasar itu kita mencadangkan hukuman yang tinggi.”

“Ia bertujuan bagi memastikan syarikat ini serik untuk mengulangi kesalahan dan dalam masa sama memastikan mereka menjaga alam sekitar dengan tidak sewenang-wenangnya membuang bahan terlarang ke sungai.”

“Antara sebab mereka membuang bahan terlarang ke sungai adalah untuk menjimatkan kos kerana ingin mengelak daripada sistem kawalan pencemaran,” jelasnya.

Tegasnya, pindaan akta adalah perlu kerana kos bagi pembersihan sungai yang sudah tercemar memerlukan belanja yang tinggi, contohnya di Sungai Kim Kim, Johor yang menelan sehingga RM8.5 juta.

Selain kos pembersihan yang tinggi, pencemaran sumber air oleh industri juga menyaksikan jutaan penduduk Selangor dan Wilayah Persekutuan terputus bekalan air sebanyak lapan kali sepanjang 2020.

Sebelum ini, samudera.my mendedahkan Sungai Rambai tercemar teruk apabila analisis makmal mengesahkan terdapat kehadiran DNA babi dalam sungai itu.

Lebih menyedihkan, sungai itu turut tersenarai dalam tangga teratas sungai tercemar di Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: