Gaya Hidup

Cara Sebenar Isi Angin Untuk Elak Tayar Botak Dan Meletup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pelbagai perkara buruk boleh berlaku disebabkan oleh tayar kereta sekiranya anda pam angin dengan tekanan yang salah.

Kesalahan isipadu angin ini mampu menyebabkan tayar menjadi pancit bahkan meletup yang boleh memberi kesan pada kereta itu sendiri seperti kemalangan jalan raya akibat kegagalan mengawal arah kereta.

Sepatutnya, pemeriksaan tekanan angin pada tayar menjadi rutin keselamatan bagi setiap pengguna jalan raya.

Pemastian agar tekanan angin tayar kereta anda sentiasa di tahap optimum bukan sahaja penting untuk keselamatan, malah ia juga mampu menjimatkan minyak.

Walaupun nampak remeh, hakikatnya ramai langsung tidak tahu kaedah yang betul untuk mengepam angin tayar terutamanya daripada kalangan pemandu wanita yang lebih cenderung untuk mengambil mudah tentang perkara ini.

Anda perlu mengetahui cara yang sebenar untuk mengepam angin tayar dan tekanan tayar kereta anda.

Sebelum anda mengepam tayar kereta, pastikan tayar kereta anda berada dalam keadaan sejuk.

Sekiranya tayar berkeadaan panas, ia boleh memberi kesan kepada tayar dan juga kepada ketepatan bacaan tekanan angin tayar.

Untuk mendapatkan bacaan tekanan angin tayar yang betul, anda perlu berpandukan tekanan angin optimum yang disarankan oleh pengeluar kenderaan anda yang terdapat pada pelekat yang ditampal pada sisi pintu kereta anda atau buku manual yang telah diberi semasa anda membeli kereta itu.

Informasi mengenai tekanan angin tayar yang tercatat pada pelekat kereta anda kebiasaannya sudah pun memberi bacaan tekanan angin yang sesuai bagi pasangan tayar di bahagian hadapan dan belakang kereta.

Saya sarankan agar anda patuhi tekanan angin yang telah diberi itu.

Di informasi yang terletak pada pelekat tekanan kereta anda merujuk kepada unit Pound Per Square inch (PSI) dan kPa.

Mungkin anda keliru dan tidak tahu apakah perbezaan di antara PSI dan kPa. Sebenarnya ia adalah bacaan yang sama cuma menggunakan nisbah unit yang berbeza. Jumlah nombor PSI sepatutnya lebih kecil berbanding kPa.

Kaedah yang disarankan di bawah ini adalah bagi anda yang menggunakan kemudahan pengepam angin tayar yang di sediakan di stesen pam minyak berdekatan.

Terdapat 2 jenis pam yang digunakan di stesen minyak iaitu: bacaan jarum dan bacaan digital.

Cara menggunakan pam angin jarum adalah dengan menekan simbol (+) pada meter angin tersebut mengikut sukatan yang terletak pada sisi pelekat kereta anda.

Sebagai contoh: pasangan tayar di bahagian depan 220 manakala pasangan tayar di bahagian belakang 230.

Jika terlebih anda boleh menekan simbol (-) bagi mengurangkan tekanan angin untuk mengepam.

Setelah itu masukan pengepam pada punat tayar dan tekan ia di situ sehingga anda dapat mendengar tekanan angin yang masuk ke dalam kereta anda.

Jika tekanan angin kereta anda melebihi had yang disarankan ia akan secara automatik mengeluarkan angin pada tayar kereta anda.

Tunggu sehingga meter angin mengeluarkan bunyi ‘beep‘ bagi menunjukkan tekanan angin tayar anda sudah mencukupi mengikut nisbah yang anda telah setkan.

Ulangi langkah yang sama pada semua tayar kereta anda supaya ia sama dan sekata pada setiap tayar.

Anda disarankan memeriksa tekanan tayar sekurang-kurangnya sekali dalam 2 minggu.

Jika anda cuai dan mengisi tekanan angin dengan tidak betul, ini boleh menyebabkan terjadi beberapa risiko seperti:

– Angin kurang menyebabkan kereta anda terasa berat sehingga menelan jumlah besar minyak kereta anda.

– Tayar cepat botak sehingga mengeluarkan dawai dimana boleh berlakunya risiko tayar meletup.

– Pemanduan yang tidak selesa seperti berjalan di atas permukaan yang keras dan melantun-lantun ketika berjalan di atas jalan yang berbonggol.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: