Tempatan

CAP Minta Kerajaan Perkenal Cukai Makanan Tidak Sihat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 09 Ogos 2024 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta pihak kerajaan untuk memperkenalkan cukai ke atas makanan tidak sihat.

Menurut laporan, ia adalah sebagai inisiatif untuk membendung obesiti serta isu kesihatan dalam kalangan dewasa serta kanak-kanak terutamanya pelajar sekolah.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, berdasarkan dapatan tinjauan, obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia adalah kedua tertinggi di negara ASEAN dan jumlahnya kini dikatakan semakin membimbangkan.

Katanya, kebimbangan paling utama adalah kesan produk makanan dan minuman ultra proses (UPF) terhadap penambahan berat badan serta risiko menghidapi penyakit tidak berjangkit (NCD).

Malah katanya, analisis penilaian sejawat baharu oleh Imperial College Business School turut mendedahkan pelaksanaan cukai ke atas makanan yang tinggi kandungan lemak, garam atau gula (HSFF) termasuk UPF, boleh mengurangkan penjualan dan pengambilannya.

“Ini yang boleh membawa kepada kadar obesiti dan masalah kesihatan berkaitan diet yang lebih rendah terutamanya apabila digabungkan dengan subsidi bagi makanan yang lebih sihat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: