Caj Transaksi RM1 Kembali, Beban Buat Rakyat
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SELASA, 01 Januari 2022 – Seorang pengguna laman sosial membuat hantaran yang berbaur kesedihan di Twitter miliknya selepas pihak Maybank memaklumkan mengenai caj transaksi RM1 yang akan dikenakan semula kepada pengguna mulai 1 Februari ini.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
Pemilik akaun tersebut menyatakan kebimbangannya mengenai perkara tersebut kerana pernah mempunyai baki hanya RM10 dalam akaun bank tetapi bersyukur kerana ketika itu beliau masih boleh membuat pengeluaran.
Beliau turut meluahkan kekecewaan mengenai situasi sekarang dengan caj transaksi RM1 yang sudah kembali normal tetapi beliau masih lagi menghadapi kesukaran dari segi kewangan.
Beberapa pengguna Internet turut meluahkan kemarahan tentang perkara ini. Beliau mempersoalkan jika tidak dilaksanakan ketetapan semula caj tersebut, adakah bank tersebut akan mengalami kerugian.
“Tak Malaysia la kalau tak menyusahkan orang. Kot kalau semua tempat ada Maybank ATM/CDM senang la juga. Adoihh,” ciap seorang lagi pengguna Twitter.
Maybank, pada Disember lalu memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2022, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula selepas caj transaksi tersebut sebelum ini dikecualikan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).