Tempatan

Cadangan Gugurkan Hari Merdeka, Pemikiran Nazri Aziz Mendukacitakan – Hj Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2021 – “Melupakan 31 Ogos 1957 bermakna melupakan satu siri rantaian sejarah penting buat sejarah Sabah dan Sarawak serta Malaysia secara keseluruhannya,” tegas Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Tuan Haji Aminuddin Yahaya.

Kenyataan tersebut dibuat Pengerusi PEMBELA dalam halaman Facebooknya itu selepas Ahli Parlimen Padang Rengas Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan supaya Hari Merdeka 31 Ogos, digugurkan kerana sudah tiada makna lagi.

Kata Haji Aminuddin, cadangan Ahli Parlimen Padang Rengas itu supaya menggugurkan Hari Merdeka 31 Ogos yang kononnya sudah tiada makna adalah suatu pemikiran yang mendukacitakan.

Jelas Haji Aminuddin, setelah sekian lama, ramai saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak menyambut 31 Ogos kerana mereka faham akan kaitannya dengan mereka.

“Saya kenal ramai saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak menyambut 31 Ogos kerana mereka faham akan kaitannya dengan mereka.”

“Dan jika ada saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak tidak menyambut 31 Ogos, itu pun bukan alasan untuk menguburkannya. Ianya tarikh simbolik penting bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang berjuang bermati-matian menentang British.”

“31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September masing-masing adalah unik dan istimewa. Ianya bukan sekadar tarikh sambutan semata-mata.”

Tambah Haji Aminuddin, malang sekali kerana Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merupakan ahli politik senior veteran dan pernah menjadi menteri, gagal memahami erti tarikh yang menjadi kebanggaan orang Melayu itu.

“Apa yang ‘tak ada makna’ tarikh ini bagi Nazri selama beliau hidup, atau sekurang-kurangnya sepanjang beliau menjadi wakil rakyat dan menteri setelah sekian lama. Apakah 31 Ogos setiap tahun beliau dan keluarga hanya tidur di rumah? Atau pergi bercuti ke luar negara?”

Semasa perbahasan di Parlimen semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berpendapat, Hari Merdeka akan menjadi tidak bermakna kepada Persekutuan Malaysia sebaik sahaja Hari Malaysia dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Jika kita masukkan Hari Malaysia sebagai 16 September 1963, saya rasa Hari Merdeka (31 Ogos) harus digugurkan kerana ia akan mengelirukan orang ramai bahawa kita mempunyai hari kemerdekaan dan Hari Malaysia.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: