Antarabangsa

Buruh Paksa: Syarikat Jepun ‘Derma’ Dana Anak Muda Korea Selatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA SELATAN, 06 Mac 2023 – Jepun dan Korea Selatan telah merancang untuk menubuhkan program biasiswa belia di bawah satu perjanjian untuk melupakan konflik di antara kedua-dua negara yang telah berlanjutan selama puluhan tahun.

Kedua-dua negara tersebut telah berada di dalam konflik selama beberapa dekad berikutan isu berkenaan dengan Perang Dunia Kedua, di mana Jepun pada waktu itu telah menggunakan hamba seks serta buruh paksa daripada Korea.

Beberapa media telah melaporkan bahawa perjanjian yang dijangka akan diumumkan pada hari ini berkemungkinan akan mengundang kontroversi bagi pihak Korea Selatan.

BACA JUGA: TPM Dinasihat Jangan Sibuk Iktiraf UEC – CIJ

BACA JUGA: “Sedih! Makanan Untuk Mangsa Banjir Sampai Lambat, Kurang Kualiti” – Wee Ka Siong

BACA JUGA: PDRM Pantau Penyebaran Propaganda Kumpulan Yang Dikaitkan Islamic State

Ini kerana perjanjian tersebut tidak memerlukan Jepun untuk membayar ganti rugi secara terus kepada para mangsa yang terselamat. Selain itu, Jepun juga tidak disyaratkan untuk membuat permohonan maaf yang baharu.

Perjanjian tersebut menyaksikan bahawa syarikat-syarikat Jepun akan membuat bayaran kepada tabung belia di mana ianya akan digunakan untuk tujuan biasiswa serta pertukaran pelajar. Namun, Jepun tidak akan membuat sebarang pembayaran terhadap mangsa bagi tujuan ganti rugi.

Para pegawai Jepun menyatakan bahawa segala isu berkaitan ganti rugi telah selesai di bawah penjanjian pada tahun 1965 yang telah menormalisasikan hubungan di antara kedua-dua negara tersebut.

Isu ini telah beberapa kali dihangatkan sejak beberapa dekad yang lalu, di mana Korea Selatan telah menuduh Jepun sebagai kurang “insaf” serta gagal untuk mengajar kanak-kanak Jepun mengenai kekejaman mereka sewaktu menjajah pada masa lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: