Antarabangsa

Bulgaria Sekat Propaganda LGBT Di Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 11 Ogos 2024 – Parlimen Bulgaria telah meluluskan sebuah pindaan pada akta pendidikan negara tersebut yang bakal menghalang promosi hubungan seksual atau orientasi “non-tradisional” serta pertukaran jantina di semua sekolah serta institusi pra-sekolah di negara itu.

Pindaan tersebut, yang telah menerima sokongan kebanyakan ahli parlimen itu telah mengundang kemarahan kumpulan-kumpulan penyokong LGBT di Bulgaria dan juga di Kesatuan Eropah (EU).

Bil undang-undang itu telah diserahkan pada Rabu lalu dalam dua kali bacaan setelah berlangsungnya sesi debat yang hangat dalam sekitar empat jam.

Pada sesi pembacaan kedua dan terakhir, 135 ahli parlimen telah menyokong undang-undang tersebut manakala 57 lagi menentang. Lapan daripada ahli parlimen lain pula bersikap berkecuali.

Pindaan yang pada awalnya diperkenalkan oleh Parti Revival itu telah diluluskan oleh kebanyakan parti di dalam Parlimen kecuali sebuah parti liberal iaitu Parti PP-DB.

Undang-undang baharu itu telah menghalang “propaganda, popularisasi dan hasutan” terhadap sebarang idea yang berkaitan dengan “orientasi seksual non-tradisional serta penentuan identiti jantina selain daripada jalan biologi”.

Undang-undang tersebut juga telah mentakrifkan orientasi seksual non-tradisional sebagai apa sahaja yang “berbeza daripada” tarikan heteroseksual.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: