“Bukan Semua Keadaan Memerlukan Nasihat” – Dr Rozanizam Zakaria
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
NILAI, 06 Oktober 2022 – “Bagus kita nak bagi nasihat, kita nak bimbing, kita nak bagi panduan tetapi kita kena sedar bahawa bukan semua keadaan memerlukan nasihat.”
Demikian perkongsian Pakar Psikiatri dan Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria yang menjelaskan berkenaan beberapa teknik mendengar perkongsian individu yang terkesan dengan trauma atau krisis yang berkesan.
Ini kerana dalam situasi beremosi dan tidak tenang, apa sahaja nasihat tidak akan membantu individu terbabit.
Justeru, pada waktu itu keutamaannya adalah membantu individu terbabit tenang kerana nasihat hanya relevan dalam konteks individu itu sudah tenang dan dalam keadaan individu itu sendiri sedang berusaha mencari penyelesaian.
Pada waktu itu, mungkin nasihat akan bantu individu yang dalam trauma itu kepada penyelesaian, jelas beliau.
“Connect before correct, maksudnya berhubung dahulu dan dia rasa terhubung, dibantu, emosi stabil, baru kita nak perbetulkan.”
Kalau tidak nasihat itu akan jadi hanya sekadar pemanis mulut, ujar Dr Rozanizam Zakaria ketika sesi temu bual bersama wartawan samudera.my di Majlis Pelancaran Bantuan Asas Psikologi Untuk Wanita (HEALHER).