‘Buka Puasa Di Gereja’: Mantan Menteri Kongsi Video, Mahu Malaysia Belajar
KOTA KINABALU, 25 Mac 2023 – Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak percaya kepercayaan agama seseorang tidak akan berkurang dengan sikap keterbukaan dan toleransi.
Berkongsikan sebuah video berkaitan iftar di sebuah gereja, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, video tersebut mengandungi pengajaran yang menyentuh tentang toleransi yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia, terutamanya pada masa ini.
BACA JUGA: Penjara, Jika ‘Dedahkan’ Muslim Belum Dewasa Kepada Pengaruh Bukan Islam
BACA JUGA: ‘Jom Ziarah Gereja’: Menteri Belia Dipanggil Polis Bantu Siasatan
BACA JUGA: Hannah Yeoh Patut Disiasat, PM Patut Tukar – Ketua Penerangan PERKASA
“Apa yang saya lihat petang ini adalah umat Islam melangkah ke dunia Kristian dan Kristian melangkah ke dunia Islam. Yang saya nampak hanyalah senyuman. Yang saya nampak hanyalah kebahagiaan.”
“Apabila agama diperkatakan di seluruh dunia, ia seolah-olah memecah belah. Tetapi saya baru sahaja berada di sebuah gereja yang melayani umat Islam berbuka puasa. Dan apa yang saya lihat hari ini adalah tanda sebenar iman seseorang, tentang apa yang diperjuangkan oleh manusia.”
Katanya lagi, kita tidak boleh membiarkan mereka yang berkepentingan mewujudkan perpecahan di kalangan kita untuk matlamat jangka pendek mereka kerana akibatnya adalah jangka panjang. Ingat, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
“Saya berharap perkongsian video ini dapat memberi impak yang kecil. Kita semua mesti menjalankan tanggungjawab kita untuk memelihara warisan berbilang kaum dan agama kita.”
“Dan iman seseorang tidak berkurangan hanya kerana mereka bersikap terbuka dan bertolak ansur dengan orang lain. Jika ada, ia dimaksimumkan…,” tegas beliau lagi.
Menurut portal, walaupun tidak dapat dipastikan bila video itu dirakam, namun laporan berita dari UAE menyatakan bahawa Gereja St Andrew di Abu Dhabi telah menganjurkan jamuan Iftar di mana penganut Kristian dan Muslim mengambil bahagian pada tahun 2019.