Tempatan

Budaya Tanam Ganja Belakang Rumah Orang, Tak Akan Dibenarkan Lagi – Ketua Polis Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

KUALA LUMPUR, 23 Mac 2021 – “So, itulah, saya harap pihak media, kalau ada apa-apa yang tak kena dengan PDRM, tampil ke depan. Tidak akan menyebabkan saya menghantar pihak narkotik pergi tanam ganja kat rumah ke, tanam syabu di dalam beg untuk ditangkap.

“Penganiayaan macam itu memang saya kutuk sehabisnya, tak akan saya benarkan lagi.”

 

Demikian kenyataan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dalam satu sidang media semalam di mana beliau menegaskan akan menghapuskan budaya lama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijadikan sebagai alat ugutan dan menganiaya orang oleh kumpulan tertentu.

“Saya tak mau lagi di mana polis ini dijadikan sebagai alat oleh satu-satu pihak, elemen-elemen underground, gangsterism, untuk nak mengugut orang lain. Dah, budaya ni kena buang semua. Yang dikatakan Polis Diraja Malaysia bertaraf dunia, ha, inilah yang bertaraf dunia yang saya hendak ini. Bukan lagi bertaraf seperti dulu; digunakan untuk ugut orang tangkap orang masuk sebab orang itu membuat laporan tentang berlakunya satu kes kesalahan. Tangkap orang itu. Adil ke? Inikah yang rakyat hendak? Inikah yang orang ramai hendak?” kata beliau lagi.

Tambahnya, beliau mahu membawa imej PDRM sebagai anggota keselamatan yang diyakini dan dihormati oleh orang ramai bukan sebaliknya.

“So, saya harap orang ramai jangan gusar tentang pendedahan tentang yang disebut kartel ini. Perkara ini saya dah dedahkan tahun lepas lagi. Tapi tak pick up. Tetapi di saat-saat ini ramai pulak yang pick up benda ini dan attack daripada setiap angle.”

“Ada yang berbaur politik, ada yang ikhlas. Memang ramai pun yang ikhlas itu. Komen-komen itu saya terima. Tetapi yang tidak ikhlas ini, yang “baling batu sembunyi tangan”. Tak sedar diri lagi. Masih lagi dalam pemikiran lama bahawa polis ini tidak boleh disentuh. Polis ini adalah raja di Malaysia. Begitulah pemikiran dia.”

“Sedangkan apa yang saya berusaha sekarang ialah untuk menjadikan polis ini satu pasukan yang dihormati oleh orang ramai. Yang diyakini oleh orang ramai, di situlah tempat mereka mendapat pembelaan. Itu yang saya nak.”

Dalam masa yang sama, Tan Sri Abdul Hamid menegaskan, polis tidak mahu lagi terlibat dengan apa-apa polemik bersifat politik.

“Saya tak mau lagi terbabit dengan konflik politik ini. Polemik-polemik politik ini saya tak mau.”

Mengakhiri kenyataan, Ketua Polis Negara ini menyatakan bahawa integriti adalah teras kepimpinannya. Justeru, semua anggota PDRM juga perlu menerapkan nilai integriti dalam semua perkara.

“Integriti adalah menjadi teras kepimpinan saya. Saya hendakkan semuanya berintegriti. Saya hendak jaga 129 ribu orang warga PDRM dan kepentingan 32 juta rakyat Malaysia, orang ramai. Itu yang menjadi pedoman saya, my resolve.”

“Saya tak mau lagi PDRM ini sampai bila-bila pun dijadikan sebagai satu alat untuk nak mengugut sesiapa pun yang tidak bersalah. Cukuplah. Gaji yang diterima itu halal semuanya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: