Antarabangsa

Buat Kali Ketiga, AS Veto Halang Usaha Gencatan Senjata Ahli PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 21 FEBRUARI 2024 – Amerika Syarikat (AS) sekali lagi telah menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menjadikannya satu-satunya negara yang membuat undi menolak draf gencatan senjata terhadap peperangan di Gaza.

Draf yang mencadangkan gencatan senjata tersebut telah disokong oleh 13 negara ahli namun tertolak dengan kuasa veto yang dilakukan AS.

Tindakan Washington ini adalah buat kali ketiga, di mana dua percubaan untuk mengadakan gencatan senjata sebelum ini juga telah ditolak oleh negara tersebut dengan alasan bahawa ianya tidak akan membawa “keamanan berterusan.”

Draf resolusi yang dibawa oleh Algeria itu, yang disokong oleh 13 negara lain namun ditolak mentah-mentah oleh AS pada Selasa lalu itu adalah bagi menyeru agar diadakan gencatan senjata serta merta. Manakala Britain dalam sesi undian tersebut telah bertindak berdiam diri.

Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield telah menyatakan kepada persidangan itu bahawa tindakan menuntut gencatan senjata itu hanya akan melanjutkan peperangan di antara Hamas dan Israel.

Wakil Algeria ke PBB, Amar Bendjama pula telah menyatakan bahawa tindakan gencatan senjata itu adalah untuk “memberi sokongan terhadap hak warga Palestin untuk terus hidup” manakala penolakan bagi gencatan senjata itu adalah “merelakan keganasan melampau serta hukuman yang kolektif terhadap warga Palestin.”

Manakala Riyad Mansour, duta Palestin ke PBB pula telah mengutuk tindakan AS itu dengan menyatakan,

“Mesej yang diberikan kepada Israel menerusi veto pada hari ini adalah entiti tersebut boleh terus membunuh dan terlepas daripada pertanggungjawaban.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: