Tempatan

Bomba Sahkan Kes Kebakaran Meningkat 75.6%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 14 April 2023 – Panggilan membabitkan kes kebakaran meningkat 75.6 peratus susulan cuaca panas yang melanda ketika ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, sehingga 12 April lalu, jumlah panggilan kebakaran diterima oleh JBPM Pulau Pinang adalah sebanyak 72 kes berbanding 41 kes yang diterima tahun lalu.

“Musim panas yang berlaku ketika ini memberi kesan terhadap peningkatan jumlah panggilan kebakaran yang diterima oleh JBPM Pulau Pinang.”

“Data yang amat mengejutkan menunjukkan seramai tiga mangsa terlibat di dalam kebakaran bangunan bagi bulan ini sahaja berbanding tidak ada mangsa direkodkan bagi tahun lepas.”

BACA JUGA: Azan Awal, Masyarakat Bergantung Azan Masjid Jame’ Badlishah Diminta Qada’ Puasa

BACA JUGA: JAKIM Sangkal Dakwaan Kenampakan Hilal Syawal 1443H Terbatal

BACA JUGA: Suspek Guna QR Palsu, Curi Wang Derma Diberkas

Jelasnya, daripada keseluruhan kes kebakaran yang dilaporkan, 13 yang diterima melibatkan struktur bangunan iaitu meningkat 44.4 peratus berbanding tahun lalu.

Oleh itu, JBPM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan tahap keselamatan di premis masing-masing berada dalam keadaan terbaik.

“Orang ramai perlu memastikan keselamatan rumah kediaman dan premis berada pada tahap yang baik lebih-lebih lagi ketika musim panas yang sedang melanda negara pada ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di beberapa kawasan di Semenanjung susulan cuaca panas mencecah suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: