Tempatan

Bolehkah, Pencuri Tuntut Hak Harta Yang Dicuri Atas Alasan Hak Asasi Manusia – Hj Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAUB, 14 Julai 2023 – “Ini bukan isu parti, ini bukan isu politik, ini isu hak! Kalau dia boleh pergi pada hak asasi manusia, apakah betul orang yang mencuri boleh menjadi hak? Orang yang nak betul-betul tak dijadikan hak?”

Tempelak Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Haji Aminuddin Yahaya merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang meminta penceroboh ladang durian haram di Raub diberikan lesen dan geran tanah atas dasar hak asasi manusia.

Kenyataan ini dibuat dalam satu himpunan yang dihadiri lebih 50 wakil NGO bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) ketika membuat laporan polis terhadap pimpinan DAP yang menyokong pencerobohan tanah secara haram di Raub semalam.

BACA JUGA: Penceroboh Musang King: Pesalah Dibela Sampai Jadi Hero Oleh Orang Politik – Ustaz Masridzi Sat

BACA JUGA: Kuliah Ustaz Azhar Idrus Disekat Pihak Tertentu

BACA JUGA: Pemimpin Sokong Penceroboh Perosak Negara – Hj Aminuddin Yahaya

Tegas beliau, “Asasi manusia apa menceroboh tanah orang? Tanah negeri! Kerajaan rugi sudah berapa puluh juta. Itu bukan hak! Itu menceroboh, mencuri namanya!”

Hj Aminuddin turut meminta supaya SUHAKAM tidak melayan permintaan pimpinan DAP itu.

“SUHAKAM jangan layan orang macam ni. Kalau SUHAKAM layan macam ni, kita pun nak pergi jumpa SUHAKAM juga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Pusat dan Negeri mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara sedemikian tidak berlaku lagi dan mengguris hati penduduk tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: