Antarabangsa

Boleh Jadi Gaza Akan Kena Bom Atom – Menteri Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 06 NOVEMBER 2023 – Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Israel boleh melancarkan serangan nuklear terhadap Gaza.

Kenyataan tersebut telah menyebabkan kekecohan dalam kalangan pentadbiran rejim Israel dan telah menyebabkan Eliyahu dikenakan tindakan digantung daripada bertugas sehingga ke tarikh yang ditetapkan.

Menerusi sebuah sesi temu bual pada Ahad lalu bersama Radio Kol Berama, Eliyahu telah ditanya mengenai kemungkinan bagi Israel untuk menjatuhkan bom atom terhadap Palestin dan soalan tersebut telah dijawab oleh Eliyahu dengan ayat,

“Ianya adalah salah satu kemungkinan yang boleh berlaku”.

Eliyahu juga menerusi sesi temu bual yang sama turut menyuarakan pendapatnya mengenai tindakan membantu warga Gaza yang berada dalam kepungan Israel semenjak beberapa minggu lalu dengan menyatakan bahawa,

“Kami tidak akan menghulurkan bantuan kepada Nazi”.

“Sebenarnya tiada istilah orang awam yang tidak terlibat di Gaza”.

Eliyahu yang merupakan ahli parti Otzma Yehudit telah digelar “pelampau” oleh beberapa ahli parlimen lain termasuk Yair Lapid yang merupakan ketua pembangkang, yang telah menyifatkan kenyataan Eliyahu itu sebagai “menyebabkan mudarat kepada keluarga tahanan, masyarakat Israel dan pendirian antarabangsa”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: