Tempatan

Boleh Import Majalah Porno Selepas Ini? – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Saya punyai reservasi besar keputusan Jill Ireland.

Semua kena maklum ia tidak terpakai kepada Jill Ireland sahaja. Hujah ia terpakai hanya kepada Jill Ireland sahaja adalah satu misleading spin. Ini adalah kerana mahkamah mengharamkan arahan menteri/kementerian yang terpakai kepada semua. Kalau tiada arahan sedemikian sesiapa pun boleh import, siarkan dan menggunakan Kalimah Allah dengan bebas yang telah disekat melalui arahan ini sejak bertahun-tahun.

Kes ini pelik pada saya kerana mengiktiraf hak mengimport seseorang. Mengikut kes ini kita ada hak nak import apa sahaja atas nama freedom of religion dan adalah salah Kerajaan menyekat hak ini. Mahkamah kemudiannya telah menentukan pula bahawa penggunaan Kalimah Allah tidak mengganggu ketenteraman awam. Ini jelas terbalik langsung dengan kes Mahkamah Persekutuan Titular sebelum ini.

Pada saya, implikasi kes ini luas dan pelik pada saya. Kalau seseorang ada hak import, adakah ini bermaksud seseorang boleh import majalah dan buku Shiah, ajaran sesat dan sebagainya ikut sesuka hati mereka atas nama freedom of religion? Ada yang tak kena di sini. Kalau camtu bolehlah kita import majalah lucah, porno dan sebagainya atas nama freedom of expression pula. Ini yang saya ada reservasi besar kes ini. Sepatutnya dibawa rayuan supaya hujah-hujah dan alasan sebegini dapat dicabar dan diputuskan. Hujah penghakiman berkenaan keperlembagaan ini pendek dan tidak kukuh pada saya. Sebab itu perlu lalui proses rayuan. Kenapa undang-undang ini dibiar tergantung begitu adalah menghairankan.

Pautan Asal: FB Lukman Sheriff

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: