Biara Purba Sebelum Zaman Rasulullah SAW Dijumpai Di UAE
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
ABU DHABI, 07 November 20222 – Sebuah biara purba Kristian yang dikatakan kononnya wujud sebelum zaman Rasulullah SAW telah ditemui di sebuah kawasan di luar pantai United Arab Emirates (UAE), lapor sebuah agensi media.
Biara purba yang ditemui di Pulau Siniyah, sebahagian daripada sheikhdom bukit pasir Umm al-Quwain itu telah dibina pada lebih 1,400 tahun lalu dan ahli sejarah mempercayai, ia akhirnya ditinggalkan ketika orang Kristian mula memeluk agama Islam apabila kepercayaan mengenai agama indah ini semakin berleluasa di rantau tersebut.
Walaupun Kristian merupakan agama minoriti di seluruh Timur Tengah, UAE tetap memberi jaminan terhadap kebebasan beragama selagi mana ia tidak bercanggah dengan dasar atau moral awam.
Profesor Arkeologi Bersekutu di Universiti UAE yang membantu dalam penyiasatan biara berkenaan, Timothy Power berpandangan bahawa UAE pada hari ini sebagai ‘melting pot of nations’.
“Hakikat bahawa sesuatu yang serupa berlaku di sini 1,000 tahun lalu adalah sangat luar biasa dan ini adalah kisah yang patut diceritakan,” katanya.