Tempatan

Bendera Malaysia Terbalik Masa Raptai, “Latihan” Urban Combat Juga Ke? – Netizen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2022 – “Ini pun sebahagian daripada “latihan” urban combat juga ke? Kelmarin kereta kebal rosak depa kata “latihan” urban,” komen seorang pengguna Twitter selepas tular video di media sosial menunjukkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang dipasang terbalik ketika raptai sambutan Hari Merdeka.

Dalam video yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, kelihatan Jalur Gemilang yang sudah dinaikkan berada dalam posisi terbalik: bulan dan bintang berada di kedudukan bawah.

Berikutan kejadian ini, netizen mula mengeluarkan pendapat masing-masing seperti ia mungkin satu signal. Namun, ada juga pengguna media sosial yang menyatakan kesilapan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kerana itulah raptai dilakukan agar kesilapan tidak berlaku pada hari sebenar.

“Dah nama pun raptai…itulah gunanya latihan…untuk elakkan benda-benda terjadi pada hari sebenar,” kata seorang pengguna media sosial.

Komen ini turut dipersetujui oleh pengguna lain.

“Setuju. Sebab tu buat raptai takut perkara macam ni berlaku pada hari sebenar nanti. Ingat senang ke nak pasang bendera kadang-kadang boleh keliru sebab bendera tu berlipat. Saya tahu sebab saya pernah lalui. Benda tak sengaja mat,” kata Halimi.

Manakala, seorang lagi pengguna Twitter, berkongsikan tangkap layar penjelasan kejadian dari seorang individu yang tidak didedahkan.

“Kenapa orang yang muat naik video tu, berhenti sampai takat atas tu je… Kenapa tak tunjuk habis, sampai Jalur Gemilang dinaikkan semula? Ada niat nak menjatuhkan imej? Atau kalau tunjuk benda baik, tak viral la? Begitu?”

“Salah tetap salah, dan aku yakin tindakan pasti akan ada… Cuma, please sebagai rakyat Malaysia, jangan la cakap perkara ini disengajakan. Jangan kait dengan politik, jangan timbulkan kebencian.”

“Para veteren yang saya hormati, ketahuilah, kami yang junior ni tidak sekali-kali akan sengaja mencalarkan maruah negara.”

“Kami akui kesilapan, tetapi yakinlah ia bukan sengaja.”

“~Kalau sesiapa ada video Jalur Gemilang yang dikibarkan semula dalam keadaan yang baik, mohon share tuan puan…Maruah negara perlu dijaga,” demikian kenyataan dalam tangkap layar yang dikongsikan SR.7.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: