Bencana Alam: Biden Isytihar Darurat Kecemasan Di California
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
CALIFORNIA, 10 Januari 2023 – Ekoran bencana alam teruk yang melanda California sejak Ahad lalu, Presiden Joseph R. Biden, Jr. telah mengisytiharkan darurat kecemasan di negeri itu.
Dalam kenyataan White House bertarikh 09 Januari 2023, Biden mengarahkan bantuan Persekutuan untuk menambah usaha tindak balas negeri, puak dan tempatan berikutan situasi kecemasan akibat ribut musim sejuk yang teruk bermula 08 Januari baru-baru ini, berturut-turut dengan bencana banjir dan tanah runtuh.
Arahan Presiden itu memberi kuasa kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) untuk menyelaraskan semua usaha bantuan bencana agar kesusahan dan penderitaan penduduk tempatan dapat diringankan.
Mereka juga perlu menyediakan bantuan sewajarnya untuk keperluan kecemasan, yang dibenarkan di bawah Tajuk V Akta Stafford, untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi harta benda, kesihatan dan keselamatan awam serta mengurangkan atau mengelakkan ancaman malapetaka di beberapa daerah iaitu:
El Dorado, Los Angeles, Mariposa, Mendocino, Merced, Monterey, Napa, Placer, Riverside, Sacramento, San Bernardino, San Mateo, Santa Clara, Santa Cruz, Sonoma, Stanislaus, dan Ventura.
BACA JUGA: Gempa Bumi Di Indonesia, Terasa Sehingga Ke Australia
BACA JUGA: HATI-HATI! Beruang Ceroboh Kubur & Makan Mayat Orang Asli Di Serambi Mekah
BACA JUGA: Anwar Ibrahim Mengekalkan LGBTfobia di Malaysia – Thilaga Sulathireh
Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menyebut, FEMA diberi kuasa khas untuk mengenal pasti, menggerakkan dan menyediakan peralatan dan sumber yang diperlukan untuk mengurangkan kesan kecemasan.
Manakala langkah perlindungan kecemasan (Kategori B) yang terhad kepada bantuan langsung Persekutuan di bawah program Bantuan Awam, akan disediakan pada 75 peratus pembiayaan Persekutuan.
Terkini, ribut besar yang menyebabkan kebanyakan kawasan di California banjir telah meragut kira-kira 12 nyawa dan lebih 100,000 orang terputus bekalan elektrik setakat petang Isnin.