Tempatan

Belanjawan 2023: Sumbangan Tunai Rahmah Bantu Golongan Berpendapatan Rendah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Feb 2023 – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi golongan berpendapatan rendah diumumkan sebagai inisiatif Kerajaan membantu golongan tersebut telah dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2023 semalam.

“Selari dengan hasrat Kerajaan untuk membasmi kemiskinan, peruntukan sebanyak hampir 8 bilion ringgit diperuntukkan bagi membantu golongan yang memerlukan. Dianggarkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara dapat memanfaatkan bantuan ini”.

BACA JUGA: Belanjawan 2023: Lebih Banyak Dividen ASB Buat Rakyat Memerlukan

Bagi isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 mereka layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak. Tambahan RM600 turut disertakan bagi isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

BACA JUGA: Kerajaan Perpaduan Hentikan Inisiatif Lupuskan Hutang Peneroka Felda

Sumbangan tambahan tadi akan diberikan dalam bentuk Bakul Makanan dan Baucar untuk barangan makanan asas mengikut nilai yang ditetapkan. Secara keseluruhan, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak mendapat sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

BACA JUGA: Hakim Tidak Kebal, Ada Protokol Perlu Dipatuhi

Tambahan lagi, bantuan untuk 2 juta orang belia yang berusia 18 hingga 20 tahun juga tidak dilupakan. Dengan peruntukan RM400 juta, Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 bagi golongan ini.

Walaupun STR memfokuskan kepada golongan B40, tetapi sebenarnya jangkauan bantuan ini adalah lebih menyeluruh mengambil kira bilangan penerima yang ada.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: