Tempatan

Bekalan Ikan Pula di Tahap Genting

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAIPING, 21 Jun 2022 – Berikutan cuaca yang tidak menentu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengakui bekalan ikan bagi keperluan negara masih belum stabil.

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kebiasaannya bulan Mei cuaca kembali seperti sediakala tetapi sehingga kini masih tidak menentu sekaligus menyebabkan ikan yang didaratkan berkurangan.

Ujarnya, berikutan itu LKIM tidak dapat membuat penyimpanan ikan untuk bekalan sejuk beku biarpun sebelum ini menjangkakan keadaan kembali pulih pada bulan ini.

Lebih membarah lagi apabila kumpulan kartel mengambil kesempatan mengurangkan bekalan ikan di pasaran dan seterusnya menentukan harga disebabkan LKIM tidak membuat persediaan awal untuk menyimpan stok ikan.

Menurutnya, beliau sering menekankan kepada LKIM supaya membuat penyimpanan ikan segar untuk waktu tidak menentu seperti sekarang, bukannya membeli ikan sejuk beku dari swasta dan disimpan untuk dijadikan stok.

“Sebab itu saya tekankan kepada LKIM untuk membeli ikan ketika musim pendaratan daripada nelayan bagi membuat penyimpanan sejuk beku, bukan membeli daripada swasta bagi memastikan stok mencukupi apabila berlaku musim tengkujuh.”

Namun, dakwanya saranannya dipandang ringan dek kerana kerenah birokrasi dan menyebabkan tiada sebarang tindakan diambil.

“Sehingga semalam, mereka belum faham. Saya sudah berjumpa nelayan seluruh tempat, tapi malangnya saya mendapati LKIM tidak pernah beli ikan daripada mereka untuk dibuat simpanan.”

Beliau memaklumkan, LKIM mempunyai bilik sejuk dan dua kilang sejuk beku, namun tidak berfungsi.

“LKIM mempunyai kilang dan tempat penyimpanan sendiri. Apabila stok ikan ada dalam simpanan, tidak timbul soal bekalan kurang sekaligus mengatasi masalah kartel,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Suri Keluarga Malaysia di Dewan Terbuka Pejabat Pusat Khidmat P059 pada Ahad lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: